Buat Yang Bujang, Ini Doa Untuk Menolak Bisikan Maksiat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Manusia memang tidak boleh lari dari melakukan dosa, tapi kita boleh mengawalnya untuk tidak melakukannya. Bila mana hati berbisik untuk melakukan dosa, jangan dilayan. Anggap saja itu angin yang datang mengusik anda.

Nak-nak lagi buat mereka yang masih bujang dan muda ini, darah masih panas ingin mencuba sesuatu yang baru. Dosa itu memang tidak akan pernah kita nampak, tapi jika kita mampu melihatnya tentu saja kita orang yang tidak akan keluar dari rumah kerana takutkan dosa.



Nak elakkan dosa yang sedia ada bertambah, bahkan nak jauhi maksiat yang tidak sepatutnya anda dekati, amalkan tips ini.

1. Apabila hati berbisik untuk melakukan maksiat, segeralah beristighfar, berwudu dan berdoa agar Allah mengukuhkan hati kita dengan iman. Bacalah doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah. Menurut Saidina Anas bin Malik, doa ini antara yang kerap dibaca oleh Rasulullah iaitu:

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, kukuhkan hatiku dalam menuruti agamaMu.” (HR Tirmizi)

2. Buat penuntut ilmu, maksiat boleh menghilangkan ilmu yang dipelajari. Kata Saidina Abdullah ibn Mas’ud:

إني لأحسب أن الرجلَ ينسى العلم قد علِمه بالذنب يعمَله
“Aku merasakan bahawa seorang lelaki itu akan lupa tentang ilmu yang pernah dipelajarinya disebabkan oleh dosa yang mereka lakukan.” (Ibn Abd al-Barr, Jami Bayan al-Ilm)

3. Malah, al-Imam Abu Hanifah dikatakan akan segera melakukan muhasabah terhadap dirinya sekiranya satu masalah dalam perkara ilmu ditanyakan kepada beliau. Kata beliau:

ما هذا إلا لذنبٍ أحدثتُه
“(Perkara atau masalah ini) tidak datang melainkan dengan dosa yang barangkali aku lakukan.” (al-Jawahir al-Madhiyyah) Lihatlah betapa bersegeranya al-Imam Abu Hanifah melakukan muhasabah terhadap dosa dalam memelihara ilmunya.

4. Atas dasar itu al-Imam Malik berpesan kepada anak murid beliau iaitu al-Imam al-Syafie agar sentiasa menjauhi bisikan dosa. Kata al-Imam Malik:

إن اللهَ ألقى على قلبك نورًا، فلا تُطفئه بظُلمة المعصية
“Sesungguhnya Allah telah menerangi hatimu dengan cahaya, janganlah engkau padam cahaya tersebut (wahai al-Shafie) dengan kegelapan maksiat.” (Tahzib al-Asma’)

5. Seandainya hati berbisik untuk melakukan dosa, janganlah dilayan. Segera ulangi istighfar, bertindak dengan mengambil wudu, dan berdoa agar Allah mengukuhkan hati kita.

Semoga Allah membimbing kita.




Anda masih keseorangan?

1,091,775 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen