Nak Hubungan Berjaya Hingga Ke Jinjang Pelamin, Elak Lakukan 3 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tak nak hubungan yang dibina itu kekal hingga ke jinjang pelamin. Memang itu pun satu hubungan perkenalan terbina antara lelaki dan perempuan ini. Tapi bukan mudah nak kekalkan hubungan tersebut. Orang kata, makin nak dekat halalkan hubungan itu makin banyak dugaan yang menimpa.

Sebab itu, nak jaga hubungan biar berkekalkan ini perlu ada usaha yang kuat dari kedua belah pihak, barulah hubungan itu menjadi. Bukan itu saja, sikap kedua-duanya sudah tentulah sikap yang postif agar hubungan tersebut lebih kuat.



Tapi, dalam hubungan juga kena amalkan perkara ini. Barulah hubungan tersebut mampu untuk pergi lebih jauh dari yang sekarang.

Jangan takut untuk melakukan sesuatu

Ramai wanita takut melakukan kesalahan sehingga tidak pernah mencuba sesuatu yang baru atau menarik. Aktiviti yang menarik akan menjadikan anda lebih banyak pengalaman, dan juga pengetahuan. Kesalahan dapat membuat anda menjadi lebih matang dan dewasa. Jangan takut untuk cuba sesuatu, barulah anda dapat tahu keserasian kalian.



Pendam segala perkara

Bila ada rasa yang tidak kena perlu suarakan apa yang anda rasakan itu. Jangan hanya diamkan dan biarkan semua perkara. Itu tidak selesaikan masalah malah akan membuatkan perkara itu menjadi lebih besar. Cuba untuk berani katakan apa yang terbuku di hati.

Biasanya, rasa takut kehilangan membuatkan seseorang itu lebih banyak diamkan apa yang sepatutnya. Kalau nak hubungan yang baik dan membina, anda tidak boleh pendamkan apa yang sepatutnya.



Tidak memahami orang lain

Paling penting dalam hubungan ini untuk memahmi pasangan anda. Jangan biarkan diri anda menguasi hubungan dengan menginginkan diri anda saja difahami. Dalam hubungan ini memahami antara satu sama lain akan membuatkan hubungan lebih kuat.

Kalau anda ingin difahami, begitu juga pasangan anda. Jadi, jangan terlalu pentingkan diri sendiri tetapi letak juga diri anda dalam situasi pasangan anda.

3 perkara ini penting dalam hubungan kalau inginkan hubungan itu berjaya!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen