Aturan Allah Itu Cantik, Dia Tahu Waktu Yang Tepat Untuk Jodoh Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah puas mencari calon pasangan hidup, tetapi masih juga tidak jumpa-jumpa. Yang ada hanyalah luka dihati kerana dikecewakan oleh orang yang tidak tahu menghargai dan menerima dengan baik. Sampaikan kadang-kadang tertanya,

Kenapa jodoh anda tidak sampai macam orang lain?

Kenapa susah sangat nak jumpa jodoh anda?

Ataupun, anda sememangnya tidak jodoh di dunia ini?

Macam-macam perkara akan bermain difikiran.



Siapa yang tidak mahu berkahwin dan membina sebuah keluarga macam orang lain. Nak-nak lagi umur semakin meningkat, manakala kawan-kawan sebaya banyak yang sudah berkahwin, tentu saja sedikit sebanyak akan memberi kesan pada diri sendiri.

Itu belum lagi bila orang-orang sekeliling mula tanya bila anda hendak kahwin. Tentu saja semakin terasa dengan pertanyaan sebegitu.



Bab-bab jodoh ini memang kita tak boleh nak main teka saja. Jodoh ini ibarat satu keajaiban yang akan mengubah hidup anda kelak. Tapi bila dia akan tiba itu tiada siapa yang ketahui melainkan Allah swt.

Mungkin ramai diantara kita yang merancang untuk berkahwin pada umur sekian-sekian, tapi hanya segelintir saja yang berjaya kahwin mengikut perancangannya, tapi selebihnya masih lagi tercari-cari peneman hidup lagi.

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” [Surah Al-Imran ayat 54]

Kalau rasa rancangan kita ini sudah sempurna dan terbaik sekali untuk kita, tentunya perancangan Allah adalah yang paling cantik dan lagi terbaik dari apa yang sudah kita rancang. Maka dengan itu, jangan kecewa kalau apa yang berlaku dalam hidup ini tak seperti yang anda rancang tetapi percaya akan perancangan yang telah Allah aturkan.



Jangan bimbang, setiap manusia ini mempunyai pasangan mereka tersendiri. Cuma cepat atau lambat anda berjumpa dengan jodoh anda saja. Kalau tidak jumpa di dunia, mungkin akan berjumpa di akhirat kelak.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.” [Surah al-Dhariyat ayat 49]

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Cepat atau lambat jodoh anda itu, sudah tentunya ia akan datang pada waktu yang tepat buat diri anda. Jangan putus berdoa dan memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui segalanya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen