Kenapa Bila Lambat Bertemu Jodoh Akan Jadi Bahan Makcik Bawang?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa yang ketika ini sudah umur mencecah 30an, tentu saja akan berdepan akan perkara ini. Menjadi bahan perbualan makcik bawang bahkan sering kali akan ditanya mengenai jodoh. Buat sesiapa yang dalam keadaan ini tentunya tidak selesa jika berdepan dengan perkara ini.

Secara amnya, orang yang sudah berumur 30an, tetapi belum berkahwin, biasanya akan dipandang pelik. Walaupun mereka tidak benar-benar memahami sebab mengapa seseorang tidak berkahwin lagi tetapi mereka mudah membuat kesimpulan mengikut apa yang mereka suka.



Tanpa mereka sedar bahawa kata-kata itu sebenarnya akan menyakiti mereka yang mendengarnya.

Kenapa mereka yang 30an ini sering kali akan terkena perkara ini?

Mudah letakkan had umur untuk berkahwin

Sudah menjadi perkara biasa masyarakat akan mengenakan penanda aras mengenai had usia untuk berkahwin. Jika had umur tersebut tidak diikuti, mereka ini akan dipandang pelik dan menjadi bahan bualan orang seseliling.

Namun sebagai manusia biasa, siapa kita untuk tentukan jodoh seseorang. Cepat atau lambat jodoh itu bukan pilihan dirinya.

Sesetengah dari kita bercakap mengenai orang adalah gaya hidup mereka

Jangan terlalu ambil peduli dengan apa yang mereka katakan, kadang kala bercakap menganai hidup orang lain adalah hobi yang mereka lakukan saat terluang. Kita tidak boleh halang mereka untuk terus bercakap kerana itu sememangnya gaya hidup mereka.

Jadi pekakkan telinga dan tunggu saja seseorang yang tepat buat diri anda.

Status seseorang adalah perbualan yang menyeronokan

Kerana perkara tersebut tidak akan berlaku pada mereka, maka dengan mudahnya mereka berbual mengenai status seseorang seperti tiada hari esok. Sedangkan mereka tak fikir bahawa anak-anak mereka akan berdepan dengan masalah yang sama kelak.

Tak apa, biarkan saja dia bercakap mengenai status anda. Dah penat nanti diamlah dia.

Orang sekeliling terlalu fokus dengan apa yang biasa

Biasanya bila kita menjadi lain dari lain orang akan mudah nampak dan mudah menjadi perbualan orang. Anda mungkin akan menjadi tumpuan mereka untuk beberapa ketika, bila mereka sudah penat bercakap mengenai anda dia akan mula berhenti.

Jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang orang sekeliling anda katakan. Mungkin ia akan menguris hati anda sedikit tapi bab jodoh ini siapa kita hendak melawannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen