4 Cara Bergaduh Suami Isteri Secara Berhemah.

Sering terjadi pertengkaran antara suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Hakikatnya pertelingkahan antara suami isteri perlu ada kerana ia merupakan rencah penyedap dalam sesebuah rumahtangga.



Walau bagaimanapun, pertelingkahan itu perlu berlangsung dengan cara berhemah dan terkawal bukan hanya berpaksikan amarah semata-mata. Jika hanya mengikut nafsu amarah maka ia hanya akan memburukkan situasi. Berikut dikongsikan tip ketika anda dan pasangan berada dalam situasi pertelingkahan.

1. Prepare ( Mempersiapkan).

Belajar untuk mempersiapkan apa yang akan disampaikan pada suami. Kenali hal-hal yang disukai dan tidak disukainya ketika berbicara. Jangan sampai saat berbicara suami merasa tersinggung disebabkan oleh isteri yang sengaja mengucapkan hal yang tidak disukainya. Jangan terlalu asyik untuk berbicara sendiri dan menjadikan suami hanya pendengar sahaja. Berilah suami waktu untuk mengemukakan pendapatnya dan hargai atau berikan respon positif terhadap hal-hal menarik yang diungkapkan oleh suami.



2. Pause (Berhenti).

Wanita memang lebih cenderung mengungkapkan perasaannya, lebih bersemangat dalam menumpahkan kata-katanya. Namun perlu diperhatikan juga ada saat-saatnya wanita perlu berhenti sejenak, menahan diri untuk tidak berkata-kata. Belajar memahami dan mengerti keadaan suami serta belajar memilih waktu yang tepat untuk berbicara.

3. Postpone (Tundalah).

Suamimu adalah manusia biasa, bukan malaikat. Sebagai manusia tentu memiliki berbagai kekurangan. Ketika isteri memiliki keinginan untuk meluahkan sesuatu perkara kepada suami, lihatlah keadaan suami. Jika anda merasakan suami anda belum bersedia untuk mendengar apa yang ingin anda ungkapkan maka tundalah hasrat anda itu.

4. Persist (Tekun).

Tumpukan sepenuh perhatian ketika pasangan masing-masing menutarakan sesuatu perkara. Setiap pasangan tentu berharap terjalin komunikasi yang baik dan menyenangkan dengan pasangannya. Ini kerana komunikasi yang baik dan menyenangkan dalam rumah tangga akan menjadi perkara penting wujudnya impian rumah tangga yang sakinah, mawadah dan warahmah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen