Nak Bergurau Dengan Pasangan Jangan Sampai Terguris Hati, Ini Adab Bergurau Senda Antara Suami Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa kosong sebuah perkahwinan tanpa ada gelak ketawa dan senda gurau di dalamnya. Bahkan, hubungan akan semakin renggang jika perkara ini tidak dilakukan dalam rumahtangga. Tapi jika gurau senda dan gelak ketawa sering berlaku dalam hubungan suami isteri tentunya akan terpancar kebahagiaan di wajah masing-masing.

Bukan itu saja, hubungan juga semakin erat antara satu sama lain. Perkara ini pun sebenarnya rahsia rumahtangga bahagia. Sangat rugi siapa yang tidak amalkannya.



Namun begitu, nak bergurau dengan pasangan ini tidak boleh bergurau macam dengan rakan. Perlu ada cara yang betul dan sesuai dengan pasangan yang sudah berumahtangga ini.

Berikut adalah adab bergurau antara suami isteri.

Bergurau supaya bertambah perasaan kasih sayang.

Semestinya apabila kita bergurau kita akan mula rasa geli hati dan bergelak ketawa. Jadi berguraulah dengan pasangan untuk hubungan antara suami isteri lebih mesra dan penuh dengan kasih sayang.



Bergurau mengikut kesusaian masa dan tempat.

Ini yang orang lama selalu kata “bergurau ikut tempat”. Lihat keadaan pada waktu itu, jika pasangan anda sedang letih baru pulang daripada kerja usahlah bergurau.

Jangan bergurau dengan perkara sensitif.

Anda lebih mengenali pasangan anda, apa disukai dan dibenci olehnya. Jika gurauan itu berkaitan dengan isu sensitif yang boleh mengguriskan hati pasangan anda, lebih baik jauhkan niat tersebut.



Jangan bergurau sehingga memudaratkan pasangan anda.

Gurauan secara pranks amat popular sekarang, tapi janganlah sampai memudaratkan pasangan anda. Bergurau ada batasnya, jangan sampai ada yang tercedera kerana gurauan semata-mata.

Gurauan yang tiada unsur menakutkan yang boleh membuat pasangan anda panik.

Dalam anda bergurau, gurauan tersebut tidak digalakkan ada unsur-unsur yang menakutkan yang boleh membuat pasangan anda berasa cemas ataupun panik.

Setiap perkara yang kita lakukan ada adabnya termasuklah apabila ingin bergurau senda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen