Jangan Kecewa, Ini Antara Tanda Si Dia Bukan Untuk Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan hidup yang tepat, kita akan berulang kali berjumpa yang salah terlebih dahulu. Masa inilah, hati dan perasaan akan diuji dengan kekecewaan, malah ada yang berasa takut untuk memulakan pencarian baru.

Seseorang yang hadir dalam hidup kita ini tentunya ada sebab yang tersendiri. Sama ada hadirnya dia itu ingin memberi kebahagiaan kepada anda ataupun ingin memberi pengalaman yang berharga dalam hidup anda.

Dalam mencari pasangan hidup ini, tentunya anda inginkan seseorang yang betul-betul sesuai dengan apa yang anda inginkan, bahkan anda juga ingin dia yang terbaik. Tapi sebelum jumpa yang terbaik tentunya akan jumpa yang menguji terlebih dahulu.



Berikut adalah beberapa tanda si dia itu bukan untuk anda.

Hubungan tidak membawa ke arah kebaikan

Pasangan yang baik dan sesuai buat diri anda biasanya akan membawa anda ke arah kebaikan. Anda juga akan begitu mudah nak melakukan kebaikan. Sebagai contoh, tidak liat untuk melakukan solat malah makin dekat dengan Allah. Itu tandanya dia sesuai untuk dijadikan jodoh, jika sebaliknya mungkin dia bukan untuk anda.



Hubungan tidak memberi ketenangan kepada anda

Antara tanda bahawa dia itu jodoh anda adalah dia akan membawa ketenangan jiwa kepada anda. Bersamanya akan membuatkan anda menjadi lebih positif dan juga ceria, malah dia juga tidak merendahkan diri anda sehingga membuat anda hilang keyakinan diri.

Rasa tidak dihargai

Sudah namanya pasangan tentunya dia akan menghargai diri anda dan menerima siapa dirinya. Nmaun, jika sebaliknya seperti dia mengubah diri anda sehingga anda hilang keyakinan diri dan identiti diri anda, maka dia bukan seseorang yang tepat buat diri anda.



Tiada komunikasi yang baik

Paling susah sebenarnya bila tiada komunikasi yang baik dengan pasangan ini. Di mana, bila komunikasi yang kurang baik berlaku akan banyak salah faham yang timbul. Tapi kalau komunikasi baik berlaku, tentunya masing-masing dapat elakkan overthinking dalam hubungan.

Tidak terima keluarga anda

Paling penting, kalau dia benar-benar untuk anda dia akan terima keluarga anda seadanya. Perkahwinan bukan hanya melibatkan anda dan dia saja tetapi melibatkan kedua belah keluarga. Sebab itu pentingnya pasangan terima keluarga anda sekali.

Sekarang ini anda bersama orang yang tepat? Ataupun anda masih mencari seseorang yang tepat?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen