Makin Lama Makin Takut Untuk Berkahwin, Kenapa Eh?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dulu semangat nak mencari jodoh ini sememangnya sangat membara, tapi lama ke lamaan makin jauh hilang entah ke mana. Bukan tak ada rasa nak kahwin bila melihat rakan-rakan bahagia bersama pasangan masing-masing tapi entah kenapa bila difikirkan balik rasa itu makin hilang.

Tentunya ada diantara kalian yang mempunyai perasaan seperti ini bukan. Kadang kala rasa keliru apa yang anda inginkan, nak kahwin atau tidak sebenarnya ini?



Nak tahu kenapa anda merasai perasaan sebegini, malah ia akan membuatkan anda rasa takut untuk berkahwin. Berikut adalah sebab-sebabnya.

Terlalu banyak baca penderaan rumahtangga

Isu-isu penderaan rumahtangga ini sememangnya ada dimana-mana. Baik di akhbar ataupun di media sosial. Walaupun kadang kala membaca sekadar ingin mengambil pengajaran, tapi tetap saja perasaan takut itu akan datang sedikit demi sedikit. Lalu ia akan mengganggu perasaan dan keputusan anda untuk berkahwin.



Terlalu banyak dengar keluhan mereka yang sudah berkahwin

Kadang kala niat mereka untuk berkongsi perasaan saja, tetapi ia memberi kesan kepada anda. Rakan-rakan yang sudah berkahwin ini tentunya ingin berkongsi masalah atau pendapat pada anda tetapi rupanya ia memberi kesan kepada anda. Itu yang membuatkan anda sedikit bimbang nak kahwin kerana takut kalau akan melalui perkara yang sama seperti rakan anda.



Selesa membujang

Bila hidup semakin selesa, itu yang membuatkan ramai yang masih bujang ingin kekal bujang. Tiada gangguan dan mereka senang akan kehidupan sekarang yang penuh privacy ini membuatkan mereka mengambil keputusan untuk tidak berkahwin. Ini juga menjadi salah satu punca mengapa segelintir bujang yang masih tidak berkahwin lagi.

Penat mencari pasangan hidup

Berkali-kali dikecewakan dengan pasangan yang salah membuatkan segelintir bujang memilih untuk tidak berkahwin dalam masa terdekat. Mereka ingin sembuhkan luka mereka terlebih dahulu sebelum memulakan kembali pencarian mereka dalam bab jodoh ini.

Kalau ada diantara kalian yang merasai sebegini, jangan bimbang. Perasaan ingin berkahwin itu akan tiba bila jodoh sudah tiba kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen