Bila kerap kali pakai mask untuk keluar ini semakin banyak pula jerawat yang timbul dibawah dagu ini. Sedikit sebanyak tentunya anda sedikit bimbang dengan keadaan kulit wajah anda. Masalah jerawat sememangnya sangat menganggu wanita. Hilang keyakinan dan membuat ingin menutup segala cela ini akan ada dalam diri setiap wanita. Tapi apa punca jerawat ini tumbuh?
Kulit wajah yang berminyak selalunya penyebab utama mengapa jerawat mudah tumbuh. Selain kerana kulit berminyak, jerawat juga terjadi kerana sel kulit mati, penyumbatan liang dan kehadiran bakteria di muka. Ada kalanya, pertumbuhan jerawat di bahagian-bahagian tertentu memberi maksud kepada masalah ketidakseimbangan organ dalaman.
Jika anda merasakan jerawat di dagu tidak pernah hilang walaupun sudah menggunakan krim jerawat, ada kemungkinan anda bermasalah dengan perubahan hormon.
Jerawat timbul di kawasan dagu bermaksud ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Selain itu, ianya juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan. Jika anda mengalami alahan makanan seperti kekacang, sebaiknya anda jangan mengambil sebarang kekacang bagi menghalang jerawat tumbuh pada kulit wajah anda.
Tinggalkan Komen