Pasangan Yang Baik, Pasangan Yang Terima Keluarga Kita Seadanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang dia berkahwin kerana dia cintakan pasangan dia, ada juga yang berkahwin kerana rasa tanggungjawab bahkan ada juga yang berkahwin kerana janji yang sudah dikatakan. Setiap orang berkahwin tentunya mempunyai sebab-sebab yang tersendiri.

Akan tetapi, siapa pasangan kita itu yang membuatkan kita lebih terasa untuk berkahwin. Macam lebih teruja dan juga bersedia.



Tidak kiralah apa pun sebab anda untuk berkahwin, ada satu perkara yang penting anda perlu lihat pada pasangan anda. Walaupun semua perkara sudah cukup sempurna buat anda tetapi, bab ini penting dari segala-galanya.

“Penerimaan pasangan terhadap ibu bapa dan keluarga kita”

Kadang pasangan kita ini anak manja yang disenangi oleh ibu bapanya, kadang pasangan kita ini tidak pernah hidup susah kerana dicukupi oleh ibu bapanya, bahkan kadang kala pasangan kita ini hidup di rumah mewah.

Berlainan pula dengan kita ini, yang dari kecil memang sudah diajar untuk berdikari dan susah bersama ibu bapa. Malah kita juga diajar berkongsi malah berdikari dalam semua perkara. Tidak hanya itu saja, kita ini hanya orang kampung saja.



Kalau dapat pasangan yang sama dengan kita, alhamdulillah tentunya dia akan sangat mengerti. Tapi kalau sebaliknya, tentu akan serba salah kita nanti.



Kenapa pentingnya cari pasangan yang terima keluarga kita seadanya?

• Agar dia boleh layan ibu bapa kita sama seperti ibu bapanya sendiri. Tiada rasa pilih kasih tapi sama raya saja.

• Dia selesa di rumah ibu bapa kita saat pulang ke kampung, bukannya tidak selesa dengan keadaan rumah atau keadaan orang tua kita.

• Dia tidak pandang rendah kepada ibu bapa dan adik beradik kita, malah terima mereka seadanya.

• Tahu bagaimana nak suaikan diri dalam rumah orang tua kita walaupun serba kekurangan.

• Tidak halang kita untuk pulang ke kampung jenguk ibu bapa kita yang sduah lanjut usia.

• Tahu hormat ibu bapa kita sama seperti ibu bapanya.

Perkara ini nampak macam remah saja, tetapi bila dah kahwin anda akan tahu betapa seriusnya perkara ini. Pasangan kita bukan saja boleh terima kekurangan kita saja tetapi kekurangan keluarga kita juga. Ini kerana, dalam apa jua situasi tentunya keluarga adalah orang yang akan bantu kita kelak.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen