“Makan Minum, Tempat Tinggal Dan Pakaian Tu Bukan "EHSAN" Seorang Suami Terhadap Isteri...”

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah kahwin isteri letak di sisi suami, bukannya letak di bawah suami. Ini kerana, ramai suami yang beranggapan bila dia telah menyediakan segalanya, maka dia sudah bebas melakukan apa saja yang dia suka. Malah, si isteri pula kena pandai-pandai urus segalanya.

Bagi suami, cukup bermakna kalau dia sudah menyediakan tempat tinggal, makan dan pakai. Sedangkan dalam rumahtangga bukan itu saja perkara yang seorang suami perlu lakukan. Banyak lagi perkara lain.

Suami dan bakal suami, jom sama-sama kita hadam perkongsian Firdaus Shakirin ini.



Makan minum, tempat tinggal dan pakaian tu bukan "EHSAN" seorang suami terhadap isteri.

"Bersyukur la aku dah bagi makan, minum, tempat tinggal semua tu, itupun kau nak aku tolong kau buat kerja rumah lagi? Itupun kau nak sekat kebebasan aku untuk keluar buat apa yang aku nak buat?"

"Kau ni isteri yang tak tahu bersyukur..."

Isteri kita ni bukan hamba, bukan pengemis...kedudukan isteri bukan dibawah tapak kaki suami, tapi disisi suami.

Makan minum, tempat tinggal semua tu, tanggungjawab suami. Hak isteri. Maka nak tak nak, kalau kau kahwin dengan mana-mana perempuan, kau kena bagi semua ni sebab ini HAK DIA dan TANGGUNGJAWAB KITA.

Jangan ingat, bila dah bagi semua ni, kita boleh buat sesuka hati, layan sesuka hati. Dia urus rumahtangga, dia besarkan anak-anak, semua dia buat seorang diri. Memang dia tak mintak cerai, tapi itu tak bermakna dia bahagia dan suka dengan cara layanan kita.

Dia taat suami sebab itu perintah Allah s.w.t.

Bila dah serba serbi isteri buat, maka suami buat apa? End up, isteri ja ke syurga, suami masuk neraka sebab dia tak berbuat baik dengan isteri.

Allah perintahkan suami untuk layan isteri dengan makruf. Rasulullah s.a.w juga ada berpesan bahawa, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya..."

Berbuat baik pada isteri itu PERINTAH ALLAH s.w.t dan SUNNAH RASULULLAH s.a.w. Maka siapa kita untuk tidak mengikut perintah ini dan tidak mengamalkan sunnah tersebut...?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen