Baru Kenal Si Dia, Jangan Bualkan Perkara Ini Dengannya. Nanti Hilang Daya Tarikan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam proses perkenalan, bagi anda tentunya saat ini adalah untuk berkongsi segala perkara mengenai diri anda. Nak-nak lagi kehidupan anda dan siapa diri anda.

Eh! Nanti dulu. Masa dalam proses perkenalan nak-nak lagi diawal perkenalan kalau boleh jangan kongsi semua perkara pada si dia. Mungkin bagi anda untuk buat dia kagum atau jatuh cinta dengan anda tetapi lebih baik anda tahan dulu perkara itu.

Bukan apa, anda bukan saja baru berkenalan dengan dirinya tetapi anda juga belum tahu niat sebenar si dia. Sememangnya tidak elok kalau berfikiran buruk terhadap seseorang tapi ia lebih selamat untuk anda yang sentiasa berhati-hati.



Jangan cerita mengenai kehidupan peribadi anda

Namanya juga baru dikenali, jadi bahan sembangnya perlu ringan, salah satunya seperti identiti. Namun, anda tidak perlu bercakap mengenai keluarga anda. Selain rahsia, topik ini juga terlalu berat sehingga tidak sesuai untuk semua orang ramai. Lebih baik jika anda tidak melakukannya lagi.



Kehidupan peribadi anda

Perkara peribadi seperti usia dan pekerjaan adalah perkara biasa untuk dibualkan dengan banyak orang, termasuk orang baru. Namun, jangan terlalu terburu-buru kongsi semua perkara kerana takut anda bercakap mengenai perkara yang membuat orang kurang selesa untuk berbual. Sebaiknya hadkan dan bincangkan perkara umum.

Jangan cakap pasal masalah kerja

Memberitahu masalah kerja kepada orang baru bukanlah perkara yang betul. Ini akan membuat orang lain menganggap bahawa jika anda adalah orang biasa yang mudah marah, lemah, dan mudah putus asa.

Tidak apa-apa untuk bercakap mengenai pekerjaan, tetapi secara umum, misalnya jawatan kosong yang sekarang banyak dicari, bagaimana meningkatkan kemahiran dalam bidang tertentu, atau latihan yang akan diadakan dalam masa terdekat. Itu sudah memadai.



Berbincang masalah kewangan anda

Kewangan merangkumi hal-hal peribadi yang tidak perlu dibincangkan dengan orang baru. Lagipun, siapa yang peduli dengan keadaan kewangan anda? Sebenarnya, jika anda meminta nasihat kewangan, ia akan terasa sangat janggal. Jadi , jangan bincangkan perkara ini sedikit pun di hadapan mereka.

Kesukaran hidup yang anda hadapi sekarang ini

Berkongsi sedikit pengalaman hidup dibolehkan, tetapi jangan terus berbicara mengenai perjuangan hidup anda sejauh ini, seperti bagaimana perjuangan anda membahagikan masa anda untuk melakukan dua pekerjaan sekaligus atau bagaimana anda bertahan dari krisis ekonomi. Daripada rasa simpati, orang sebenarnya akan berfikir "kau dah kenapa?” dan penat mendengar cerita anda.

Nak tarik perhatian orang ataupun ingin membuat seseorang rasa anda menarik, ini antara bukan topik perbualan yang sesuai.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen