Rahsia Kecantikan Wanita Arab Terbongkar, Jom Kekal Cantik Dengan Makanan Sunnah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita arab sememangnya memukau, bukan saja di mata orang lelaki kadang kala di mata perempuan pun sangat mendapat perhatian. Mempunyai raut wajah yang cantik ini sememangnya menjadi dambaan orang perempuan. Mana ada wanita yang tak nak cantik, betul tak?

Tentunya ramai yang tertanya-tanya apa rahsia di sebalik kejelitaan mereka ini. Kalau boleh kita pun nak tiru juga agar dapat kelihatan cantik seperti mereka ini.



Enam makanan sunnah yang mereka amalkan untuk tujuan kecantikan.

1. Bunga saffron atau za’fran

Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai Saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.

2. Minyak zaitun

Antara khasiat minyak zaitun adalah meremajakan kulit. Minyak zaitun dalam masakan mampu menghilangkan toksik yang terdapat pada makanan. Minyak zaitun juha membuatkan kulit lebih halus. Jadi tidak harianlah kenapa kebanyakkan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.



3. Pati delima

Pati delima baik untuk kesihatan dan dalaman. Ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.

4. Cukar tamar atau cuka epal

Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem percernaan. Jika anda ada masalah sembelit, memang bagus untuk anda. Kedua-duanya ini memastikan sumber makanan seperti protein, kabohidrat dan lemak di pecahkan dengan sempurna.



5. Habatussauda

Sekarang ini Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan meneutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.

6. Madu

Kita pun tahu bahawa madu mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen