Nak Doa Didengari, Jangan Kita Tergesa Ketika Berdoa

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila kita nakkan sesuatu, tentunya kita inginkan perkara tersebut segera diperolehi. Sebab itu bila kita berdoa, kita akan segera berharap doa kita itu akan segera didengari. Namun begitu, cara kita berdoa yang tidak betul itu akan membuatkan doa kita lambat untuk didengari. Berdoa dan memohon memerlukan kesabaran dan tidak boleh bergesa.



Terdapat sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Abu Hurairah RA yang mengulas mengenai perkara ini;

Maksud: “Doa salah seorang di antara kalian pasti dikabulkan selama ia tidak tergesa-gesa. (Iaitu) orang tersebut berkata: “Aku telah berdoa kepada Rabbku, tetapi Dia tidak mengabulkannya untukku.”
(Hadis Riwayat Bukhari, no. 6340)

Melalui hadis di atas, kita dapat faham bahawa dalam berdoa perlu mempunyai kesabaran dan keutuhan yang jitu.



Kehidupan kita di muka bumi ini juga dianjurkan untuk tidak segera berputus asa. Bagaimana kita boleh ‘menang’ sedangkan kita mempunyai semangat yang lemah dan tidak mampu bertahan.

Jika dilihat kepada mereka yang berjaya mengharungi sakit kanser, setiap dari mereka pastinya orang yang kuat semangat, tidak segera berputus asa dan sentiasa percaya kepada keajaiban.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen