Tanpa Sedar, 7 Kebiasaan Ini Dekatkan Diri Anda Kepada Penyakit Berisiko.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain rezeki kewangan, rezeki memiliki kesihatan yang baik juga merupakan satu perkara yang patut kita syukuri. Mana tidaknya, kalau memiliki wang ringgit yang banyak pun tetapi tubuh badan tak sihat pun tak seronok juga. Maka dengan itu, kesihatan lebih utama dari apa pun.

Perasan atau tidak sebenarnya ada beberapa rutian harian kita yang tidak patut kita lakukan. Bukan apa, ia tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Tapi ramai yang tidak sedar malah ada juga yang sudah menjadi satu tabiat yang akan dilakukan tanpa sengaja.



Nampak macam tak ada apa-apa, tapi berisiko berdepan dengan penyakit yang tidak diingini. Berikut adalah tabiat tersebut;



Duduk Menyilang Kaki

Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih daripada 45 minit.



Kerap Membongkok

Membongkok boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda.

Tidur Meniarap

Elakkan daripada tidur terlalu lama dalam posisi meniarap kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur terbaik adalah dalam keadaan terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.



Terus Melakukan Regangan Setelah Bangun Tidur

Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Akibatnya, anda akan berasa sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan setelah bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.

Memakai Jeans Terlalu Ketat

Jika anda memakai jeans yang terlalu ketat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Tambahan pula, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah dalam tubuh.

Memakai Tali Pinggang Terlalu Ketat

Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas secara normal.



Membawa Beg Tangan Terlalu Berat

Kebanyakan anda membawa beg tangan yang digalas di bahu pada satu sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal badan. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak di dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen