Perempuan Selalu Trauma Nak Bercinta Kembali Sebabkan Perkara Ini, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila kita mendekat dia pula menjauh, eh jual mahal betul dia ini. Selalu kita anggap perkara ini terhadap seorang perempuan tanpa ketahui isi hatinya terlebih dahulu. Bukan dia tidak berkenan dengan diri anda atau jual mahal, tetapi dia ini lebih kepada trauma dalam hubungan cinta.

Setiap wanita kadang kala terlalu mudah memberi harapan dan mudah untuk jatuh cinta. Bila mana cintanya tidak berbalas atau hubungannya tidak berjaya, dia mula tidak yakin dan trauma akan hubungan yang baru.



Wanita ini mudah saja, bila anda cukup beri perhatian dan kasih sayang pada dirinya tentu dia akan setia kepada anda.

Nak tahu apa yang menjadi punca seorang wanita menjadi trauma dalam percintaan?

Pernah berdepan kekerasan dalam hubungan

Mana-mana wanita tentunya akan serik jika berdepan dengan perkara. Sudahlah tidak dihargai, ini pula diperlakukan tanpa belas malah menggunakan kekerasan. Mungkin luka di luar sudah sembuh tapi luka di dalam tentu saja dia yang masih merasai. Paling kesian mereka ini terbayang-bayang akan saat itu.



Ditipu pasangan

Menjadi seorang yang lebih berhati-hati dalam mencari pasangan kerana pernah mempunyai pengalaman ditipu oleh pasangan yang lepas. Mana-mana perempuan yang dalam situasi ini tentu agak keliru dengan mereka yang ikhlas dan dengan mereka yang ingin ambil kesempatan.

Terkesan dengan kisah orang lain

Sering membaca cerita akan penderaan ataupun pengkhianatan dalam hubungan, membuatkan seseorang terkesan lalu trauma dalam hidupnya. Nak-nak lagi jika orang yang berkongsi cerita itu adalah orang yang paling dekat dengannya, sedikit sebanyak tentunya akan memberi kesan kepada dia.



Takut akan perbezaan

Perbezaan pendapat, cita rasa dan juga rutin akan membuatkan seseorang berteka teki untuk menjalinkan hubungan atau tidak. Mana tidaknya, perbezaan ini yang akan menimbulkan konflik. Bukan mudah nak tangani perkara ini jika masing-masing tidak mahu capai kata sepakat.

Pernah bertepuk sebelah tangan

Bertepuk sebelah tangan sememangnya menyakitkan. Mana tidaknya, anda telah beri harapan kepadanya tetapi sudahnya anda tidak diperduli dan juga ditinggalkan. Malah, anda juga bukan pilihannya tentu perkara ini memerlukan masa untul dirawat.

Wanita ini adalah seorang yang berhati lembut dan sensitif, tapi bila mana dia takut dan trauma dia boleh menjadi seorang yang keras dan tidak pedulikan orang lain. Jadi, hati-hati dalam melukakan hati orang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen