Berkulit Gelap Jangan Kalut Nak Putih, Ini Untung Miliki Kulit Gelap.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan bila putih akan dikatakan lawa, tapi bil aberkulit gelap sedikit terus saja dipandang serong. Rata-rata orang beranggapan bahawa kulit berwarna putih itu lebih lawa, itu yang membuatkan ramai perempuan berlumba-lumba nak putih.

Tidak kisah terpaksa telan berapa banyak supplement atau kena cucuk berapa banyak jarum sekali pun, tentu kelihatan putih dan cerah ramai yang sanggup lakukan. Penampilan pertama kesihatan kedua. Walaupun sudah maklum akan kesan dan akibat dari pengambilan barang tersebut tetapi ramai yang tidak ambil peduli.



Jangan rendah diri kalau anda berkulit gelap, kecantikan itu bukan khusus untuk mereka yang berkulit putih saja. Anda yang berkulit gelap, atau sawo matang juga lawa dan mmepunyai kecantikan yang tersendiri.

Menurut Abraham Arimuko, Ketua Kajian Dermatologi Kosmetik Indonesia, mengatakan bahawa harus berbangga memiliki kulit gelap kerana lapisan kulit gelap cenderung lebih tebal daripada kulit putih.

Berikut adalah 3 faedah untuk pemilik kulit gelap, termasuk:



1. Mengelakkan Risiko Kanser Kulit

Ternyata orang yang mempunyai warna kulit gelap mampu menghindari risiko barah kulit, kerana kulit gelap mampu melindungi kulit apabila terkena sinar ultraviolet, sel-sel kulit terdedah.

2. Tidak Perlu Pening Mencari Produk Penuaan Awal

Pemilik kulit gelap tidak perlu bersusah payah mencari produk anti-penuaan kerana kulit gelap dapat menahan kelembapan sehingga menghalang penuaan pramatang.



3. Mencegah Radikal Bebas

Salah satu penyebab kerosakan sel manusia adalah radikal bebas, dengan kehadiran melamin tentunya bertindak sebagai penawar radikal bebas. Tetapi untuk mereka yang berkulit gelap tentunya mempunyai lebih banyak melamin.

Jangan terlalu obses untuk memiliki kulit berwarna putih hingga abaikan kesihatan diri. Tak guna kulit berwarna putih tetapi anda sudah tidak sihat dan tidak dapat menikmati hidup seperti biasa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen