Suka Cetuskan Pertengkaran, Ini Yang Perempuan Inginkan Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cukup memeningkan kepala bila terpaksa fikir apa yang pasangan kita inginkan. Nak-nak lagi orang perempuan ini, bila kita tak faham apa yang mereka mahukan dan fikirkan terus saja tarik muka merajuk dan mula cetuskan pertengkaran. Aduh pening kepala juga.



Selalunya, orang perempuan ini akan dikaitkan dengan inginkan perhatian yang cukup dari orang yang dia sayangi. Tapi cukup ke sekadar perhatian saja? Tentunya ada beberapa perkara lain yang orang lelaki perlu faham apa yang orang perempuan inginkan.

Waktu melepaskan rindu

Ya! Waktu melepaskan rindu ini perlu ya. Nak-nak lagi buat anda yang kaki kerja, kaki bermain game atau kaki lepak. Waktu-waktu ini biasanya lelaki tidak suka di ganggu kerana ingin fokus apa yang di depannya, tapi sebaliknya akan cetuskan pertengkaran dengan pasangan. Fokus-fokus juga, jangan lupa untuk sediakan masa buat pasangan anda.



Fokus pada dirinya

Jangan sikap acuh tak acuh hanya kerana tidak mahu dia merajuk atau mulakan pergaduhan dengan anda. Sebaliknya, dia ingin anda fokus apa yang dia katakan dan luahkan, barulah dia rasa anda sentiasa ada untuknya. Walaupun anda sibuk, sediakan waktu untuk anda fokus kepada dirinya saja. Tentu pasangan anda suka.

Ingin dimanja

Mana-mana perempuan tentunya sangat suka jika dia dilayan seperti seorang kanak-kanak atau adik. Mana tidaknya, saat inilah dia dapat bermanja walaupun dia itu seorang yang kasar. Sikap manja yang terserlah itu tentunya akan membuatkan anda semakin selesa dengannya. Jangan lupa manjakan pasangan anda sekali sekala.



Kesungguhan dari anda

Perempuan mana yang tidak mahukan kesungguhan dari seorang lelaki. Jika anda sayang akan dirinya, tunjukkan yang anda sayang. Buktikan dengan mengajaknya berjumpa keluarga dan ingin menikahi dia. Hati seorang perempuan ini bukan untuk dipermainkan dan dilukakan.

Ruang untuk diri sendiri

Bukan saja lelaki, tetapi perempuan juga inginkan ruang untuk diri mereka. Sama ada untuk habiskan waktu bersama rakan-rakannya atau fokus apa yang ingin dia lakukan. Kongkongan yang anda lakukan terhadap dia kadang kala merimaskan dan membuatnya tidak selesa.

Cuba masukkan perkara ini dalam hubungan anda, tengok adakah semakin kerap bertengkar atau semakin erat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen