Bila Dapat Anak Sulung Sebagai Pasangan Hidup, Perlu Faham Mereka Adalah Harapan Keluarga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak sulung ini memang antara mereka yang paling laku keras. Mana tidaknya, dengan kelebihan yang memang dimiliki oleh anak sulung ini yang membuatkan ramai orang memilih pasangan mereka terdiri dari anak sulung.

Memang tidak dinafikan bahawa anak sulung ini sangat penyayang kerana memiliki adik-adik, malah mereka ini juga seorang yang berkepimpinan. Memang kelebihan yang ada pada mereka ini sangat menarik dan mempersonakan.



Namun begit, buat mereka yang memilih anak sulung ini sebagai pasangan hidup, anda perlu lebih bertimbang rasa dan juga bertolak ansur. Mana tidaknya, anak sulung ini kita tahu bahunya penuh dengan tanggungjawab, sebab itu sebagai pasangan kita perlu menyokong dan pada masa yang sama juga memahami pasangan kita.

Nak tahu kenapa?

Mereka ini diperlukan keluarga

Bukan anda saja perlukan dia, tetapi keluarga dia juga perlukannya. Dia perlu memberi fokus kepada adik-adiknya serta ibu bapanya. Nak-nak lagi jika adiknya itu masih kecil, tentunya menjadi salah satu tanggungjawab dia untuk meringankan ibu bapanya dalam menyara adik-adiknya.



Bahunya penuh dengan tanggungjawab

Oleh kerana dia ini harapan keluarga, maka banyak perkara yang perlu dia fikirkan dan bertanggungjawab. Nak-nak lagi berkenaan adik beradiknya serta ibu bapanya. Selain dari anda, dia juga bertanggungjawab dalam keluarganya. Maka dengan itu cuba memahami keadaan dan situasinya sekali sekala.



Contoh dan teladan buat adik-adik

Paling ketara sebenarnya, anak sulung ini adalah contoh dan teladan buat adik-adiknya. Bagaimana dia perlakukan ibu bapanya, itu akan menjadi contoh dan ikutan adik-adiknya. Sebab itulah dia perlu lebihkan keluarganya sedikit berbanding anda. Jangan makan hati, anda masih lagi keutamannya cuma perlu faham bahawa keluarganya perlukan dia.

Bila anda memilih anak sulung sebagai pasangan hidup, anda perlu tahu bahawa dia ini seorang yang lebihkan keluarganya. Jadi, kadang kala cuba memahami dia dan bertimbang rasa dengan situasinya. Boleh jadi situasi itu mendesak dirinya untuk perkara itu.

Maka dengan itu, anda sebagai pasangan perlu lebih bersabar dan menerima pasangan dengan lebih baik. Bukan saja terima pasangan tetapi dengan keluarganya sekali. Bahkan kalau boleh turut membantunya, tentu meringankan bebannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen