Jangan Harap Dengan 'Cinta Anda' Mampu Mengubah Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang percaya kerana cinta ia seseorang sanggup berubah, bahkan kerana keajaiban cinta itu juga seseorang yang dulu tidak akan sama seperti yang sekarang. Cinta itu sememangnya penuh dengan keajaiban, dari dulu anda rasa keseorangan tapi kini penuh dengan senyuman kerana rasa bahagia.

Segelintir orang akan beri masa untuk pasangan mereka berubah. Mereka percaya dengan rasa cinta yang dia curahkan itu akan mampu mengubah pasangan mereka. Tidak kiralah cepat atau lambat, pasangannya itu akan berubah demi kebahagiaan yang hidup lebih baik. Namun, tidak semuanya akan berlaku seperti itu.



Sebenarnya, bukan pasangan anda yang sedangn berubah tetapi diri anda yang sedang berubah. Berubah menjadi lebih polos dan terima apa saja yang pasangan anda lakukan kepada anda. Percaya akan janji-janji kosong yang pasangan anda taburkan, walaupun anda sebenarnya tahu bahawa itu tidak akan terjadi.

Cinta anda kepadanya tidak akan mengubah apa-apa pun pada dirinya, tetapi hanya akan mengubah pandangan dan harapan yang anda sendiri percaya. Anda tentunya percaya bahawa cinta itu perlukan pengorbanan dan cinta itu perlukan kesabaran, tapi lihat apa yang perlu anda korbankan dan sabarkan.



Tidak akan berubah melainkan diri sendiri

Anda perlu sedar dan terima kenyataan bahawa cinta anda itu tidak akan mengubah pasangan anda. Namun, hanya dipermainkan dan diambil kesempatan saja. Mana tidaknya, anda begitu percaya dengan pasangan sehingga apa yang dikatakan akan anda percaya dan terimanya.

Anda perlu tahu bahawa seseorang tidak boleh berubah kerana orang lain. Akan tetapi, seseorang boleh berubah kerana diri mereka sendiri. Jika mereka mahukan kehidupan yang lebih baik tentunya mereka akan berubah untuka perkara itu. Sama juga, jika mereka mahukan anda bahagia dan terus di sisinya, tentunya dia akan berubah untuk memastikan anda kekal di sisinya.

Anda mungkin boleh beri kata semangat dan juga sokongan, tetapi untuk mempercayainya dan terus berharap keajaiban berlaku itu mungkin satu perkara yang tidak patut anda lakukan.



Setiap orang berhak untuk bahagia

Bila pasangan tidak hargai diri anda, bila pasangan hanya ambil kesempatan ke atas anda dan bila anda kecewa dengan pasangan, jangan terus bertahan dengan harapan bahawa cinta yang anda berikan kepadanya mampu mengubah anda. Namun, mula mencari langkah anda juga berhak untuk bahagia.

Cari seseorang yang tahu menghargai diri, menyayangi serta ikhlas dengan diri anda. Kadang kebahagiaan itu bukan perlu ditunggu tetapi perlu dicari.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen