Tanda-Tanda Perkahwinan Anda Berdepan Dengan Masalah, Hati-Hati Dalam Selesaikannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sudah berkahwin ini, tentunya anda ingin mempertahankan hubungan anda itu dalam apa jua keadaan. Kalau boleh dialah yang pertama dan juga yang terakhir, bahkan ingin menjalani hari-hari tua bersamanya kelak.

Mana-mana rumahtangga tentunya akan dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, tentunya akan ada salah faham dan pertengkaran. Tapi anda perlu lebih jelas bagaimana nak selesaikan dan hadapi perkara tersebut kerana dia itu pasangan anda.



Jangan disebabkan masalah-masalah yang kalian tidak mahu bincangkan itu akan membuatkan kalian saling tidak bertegur sapa walaupun dalam rumah sendiri. Nak tahu rumahtangga anda itu ada masalah atau tidak, lihat tanda-tanda ini.

Kurang mesra

Kalau dulu kalian penuh dengan senda gurau, kini tentunya anda sudah mula kurang berkurang dengan pasangan anda. Mana tidaknya, masing-masing meletakkan ego yang paling utama menyebabkan sanggup menanggung rindu walaupun boleh selesaikan masalah tersebut dengan baik. Kalau kalian makin kurang mesra maka kembali berkomunikasi mana silapnya hubungan kalian.



Kurang berkomunikasi

Bila dah lebih tiga hari tak bertegur sapa itu memang satu perkara yang kritikal dah. Kalian seharusnya saling berkomunikasi walaupun untuk perkara yang remeh. Perlu ada saling berkongsi rutin harian, tapi kalau semua ini sudah tiada, anda harus berbincang dengan pasangan jangan terus ikut diamkan diri. Tidak bagus untuk rumahtangga kalian.

Abaikan perasaan pasangan

Bila pasangan bula berkongsi sesuatu yang ingin mungkin sedih atau membebankan dirinya tapi anda lebih abaikan apa yang dilalui pasangan anda, itu bukan petanda hubungan ada dalam keadaan baik. Anda atau pasangan anda sudah mula abaikan perasaan pasangan, malah merasakan bahawa itu adalah perkara biasa dan tidak penting. Sedangkan perkara itu mungkin sangat penting untuk pasangan anda.



Mudah beri alasan

Minta tolong itu ini dia akan beri alasan, sehingga anda perlu berdepan perkara itu seorang diri. Alasan yang jelas kadang kala macam dia ingin jauhkan diri dari anda. Bahkan dalam menguruskan rumahtangga juga dia lebih mudah serahka kepada anda seorang diri dengan macam-macam alasan.

Lebih pentingkan dirinya

Dia utamakan keperluan dan kehendak dirinya, apa yang anda serta anak-anak perlukan dia sudah tidak pentingkan lagi. Dia tahu apa yang dia inginkan itu dia dapat walaupun akan melukakan hati pasangan dan anak-anaknya.

Jika anda berdepan dengan situasi-situasi seperti ini, segera berbincang dengan pasangan dan jangan biarkan perkara ini membuatkan anda tawar hati.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen