Korang Nie Dah Ready Ke Nak Mendirikan Rumahtangga? Jom Lihat Tanda-Tanda Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada banyak sebab untuk seseorang ingin berkahwin. Ada yang memang sudah sampai seru ada pula yang sebaliknya. Tapi apa pun pilihan yang anda buat, tentunya pilihan itu membuatkan anda gembira dan teruja. Siapa yang tak teruja nak kahwin?

Tapi bab berkahwin ini, tidak semua orang bersedia sebenarnya. Mungkin menggunakan alasan jodoh dah sampai nanti pandai-pandailah dia uruskan semua perkara itu kadang kala tidak boleh juga. Menghalalkan hubungan ini kena ikhlas, barulah anda tahu lebihnya berkahwin, malah ia juga akan membuatkan anda lebih dekat dengan Allah.



Mungkin ada masa anda rasa bersedia, ada pula masa anda rasa macam eh tak sedia lagi ini. Jadi, korang nie dah sedia nak mendirikan rumahtangga ke belum?

Baru mengenali pasangan

Boleh jadi saat ini anda sudah begitu angau dengan pasangan anda. Siang malam anda terfikri dan termimpikannya. Rasa tidak selesa berjauhan dengannya malah ingin sentiasa dekatnya itu yang membuatkan anda memilih untuk berkahwin. Keputusan yang anda buat pada ketika ini tentunya ketika sedang anda dilanda bahagia.

Tetapi anda perlu ingat bahawa, anda perlu lebih berfikiran dengan jelas apa tujuan anda nak kahwin. Sebab tak nak berjauhan dan tak tahan tanggung rindu saja ke? Ingat berkahwin kerana Allah ya!



Nak larikan diri dari bekas kekasih

Mungkin kerana diganggu oleh bekas kekasih anda, keputusan untuk berkahwin ini yang anda pilih. Anda merasakan bahawa keputusan ini sangat sesuai dengan keadaan anda ketika itu. Tapi anda sebenarnya belum sedia nak menjalankan tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri. Pada ketika ini anda mungkin selamat dari gangguan tetapi anda perlu komitmen pula pada pasangan anda selepas itu. Jadi jangan berfikiran seperti ini kalau ingin berkahwin.



Masih belum bersedia terima semuanya

Anda selesa dengan pasangan anda, malah anda sememangnya menyayangi dirinya. Namun, pada masa yang sama anda tidak nampak kelebihan pasangan dari segi kewangan, kerja mahupun keluarga. Dari sini anda sudah ragu-ragu dan tidak bersedia untuk menerimanya. Berkahwin dengan seseorang bermaksud anda berkahwin dengan semua perkara yang berkaitan dengan dirinya. Bukan ada had dan batasan.

Tekanan dari rakan-rakan yang sudah berkahwin

Ramai yang berdepan dengan perkara ini. Berkahwin ini bukan satu perlumbaan siapa yang paling cepat. Perkahwinan ini adalah satu perkara yang serius dan pelru berpandangan jauh. Melihat rakan-rakan bahagia itu sepatutnya anda tumpang bahagia, bukannya anda cemburu dan ingin berkahwin juga. Perkara seperti ini akan membuatkan anda mengambil keputusan yang terburu-buru. Sangat membimbangkan kalau terburu-buru anda membuatkan anda tersilap langkah.

Ada banyak sebab untuk seseorang itu berkahwin dan mendirikan rumahtangga, tapi pastikan disebalik sebab itu anda sudah bersedia untuk berdepan dengan komitmen dan tanggungjawab pada masa akan datang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen