Pil Perancang Mampu Bantu Hilangkan Jerawat, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Memiliki masalah kulit berjerawat ini sememangnya tidak menyeronokan. Hilang keyakinan diri dan merasa malu tentu saja akan menguasai diri. Malah ada yang dah cuba pelbagai jenis usaha dan petua tetapi hasilnya masih saja sama.

Terdapat beberapa petua yang mungkin anda sedia maklum untuk hilangkan jerawat. Namun, adakah anda tahu jika pil perancang keluarga juga boleh digunakan sebagai produk hilangkan jerawat?

Adakah benar pil perancang keluarga boleh hilangkan jerawat?

Sekiranya anda mempunyai masalah wajah berjerawat, anda mungkin boleh mempertimbangkan penggunaan pil perancang keluarga sebagai produk hilangkan jerawat. Mengapa?



Ini kerana hormon sintetik yang ada dalam sesetengah pil perancang keluarga boleh mengurangkan pengeluaran minyak semula jadi berlebihan.

Minyak berlebihan inilah yang menyebabkan timbulnya jerawat. Namun, setiap jenama produk pil perancang itu mempunyai kandungan hormon yang berbeza. Jadi, sebelum beli pil perancang, pastikan kandungan hormonnya betul.



Bagaimana pil perancang keluarga bertindak hilangkan jerawat?

Sesetengah jenama pil perancang keluarga mengandungi kandungan hormon estrogen dan progesterone sintetik. Pil jenis ini dikenali sebagai pil kombinasi atau combination pills. Nisbah kandungan hormon sintetik dalam setiap pil berbeza bergantung kepada jenis pil kombinasi tersebut.

Sesetengah pil perancang keluarga lain hanya mengandungi progestin, iaitu sejenis hormon sintetik bagi hormon progesteron. Ia kadangkala dikenali dengan nama minipills. Hormon yang terkandung dalam pil kombinasi ini boleh membantu mengurangkan jerawat yang anda alami.

Pil tersebut bertindak dengan cara mengurangkan peredaran endrogen, yang seterusnya mengurangkan pengeluaran sebum. Namun pil perancang yang digunakan perlu mengandungi kedua-dua kandungan hormon estrogen dan juga progestin.

Bagi jenis minipills, ia mungkin tidak berkesan dalam menangani jerawat memandangkan ia hanya mengandungi hormon progestin sahaja.

Jenis pil perancang hilangkan jerawat yang diluluskan oleh FDA

Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan beberapa jenis jenama pil perancang sebagai produk hilangkan jerawat. Berikut adalah jenis pil yang telah diluluskan:

• Beyaz
• Estrostep Fe
• Ortho Tri-Cyclen
• Yaz

Namun ada juga beberapa jenis pil kombinasi lain yang tidak tersenarai di sini yang mungkin berkesan untuk hilangkan jerawat anda.



Kesan sampingan penggunaan pil perancang

Anda mungkin boleh menggunakan pil perancang untuk tujuan menghilangkan jerawat, namun anda juga perlu peka terhadap kesan sampingan yang diberikan.

Antara kesan sampingan yang mungkin diperoleh hasil daripada penggunaan pil perancang ialah:

• Loya
• Muntah-muntah
• Kekejangan pada perut
• Kembung perut
• Pertambahan berat badan
• Pengurangan berat badan
• Gangguan pada kitaran haid
• Sakit kepala
• Payudara menjadi lembut
• Pening kepala
• Pengsan

Selain itu, terdapat juga beberapa kesan sampingan yang lebih serius seperti trombosis urat dalam (DVT), serangan jantung dan juga strok. Kesan sampingan juga akan menjadi lebih teruk jika seseorang individu itu merokok, berusia 35 tahun ke atas selain mempunyai faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular.

Jangan sesekali ambil pil perancang jika anda salah seorang daripada golongan ini!




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen