Salah Pilih Pasangan Hidup, Masa Depan Anak & Diri Sendiri Jadi Taruhan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencari calon suami bukanlah perkara yang mudah sebenarnya. Tidak kiralah sudah berapa tahun atau berapa lama anda menjalinkan hubungan dengannya, tetap saja anda masih belum mengenali si dia dengan baik. Bila sudah sebilik dan sebantal barulah anda tahu perangai sebenar suami anda.

Sudah pasti ramai yang sudah biasa dengan nasihat mengenai bila mencari calon suami ini jangan hanya pandang berapa tebal poket dia, ataupun seberapa kacaknya dia. Kedua perkara ini bukan kayu pengukur untuk memastikan kehidupan anda bahagia dikemudian hari.



Seperti saranaan Islam dalam mencari jodoh ini sudah tentu perlu dahulukan 4 perkara ini iaitu keturunan, agama, barulah kecantikan dan juga hartanya.

Mungkin masa bercinta dia curahkan segala kasih kepada anda tetapi bila sudah berumahtngga barulah rahsianya pecah. Jangan selepas anda berumahtangga dengannya hidup anda ditemani air mata. Itu yang paling takut sebenarnya. Angan-angan nak bina kebahagiaan bersama hancur bilamana dia mula tunjukkan sikapnya selepas kahwin.



Seperti pesanan yang selalu didengari, “orang selagi belum dapat, dia akan tunjukkan betapa baiknya dirinya tapi bila sudah dapat belum tentu akan sama lagi”.

Sebagai seorang perempuan yang bimbang akan masa depan sendiri, jangan mudah percaya akan janji-janji atau kata-kata lelaki terutama yang panas baran ini. Mana tidaknya, mereka ini memang akan janji bulan dan bintang tapi bila dah dapat hilang semua janjinya.

Jauhi sebelum terlambat

Bila anda tahu dia ini mudah marah, panas baran dan suka angkat tangan, jangan terus kekal bersamanya tetapi terus jauhinya. Mana tidaknya, bila dah jatuh sayang anda akan buta dengan dengan semua tingkahnya. Anda merasakan itu semua baik untuk hubungan kalian tetapi tidak sebenarnya.

Selagi boleh lari, anda lari dan jangan berpaling. Walaupun apa jua yang dijanjikan, itu belum tentu mengubah dirinya.



Bukan anda saja menjadi mangsa

Cuba bayangkan jika terus kekal bersama orang seperti ini, bukan saja anda yang berendam air mata tetapi anak-anak anda juga. Masa kecil mereka ini tidak akan sama seperti anda yang penuh gelak ketawa tetapi penuh dengan ketakutan dan rasa trauma dengan bapa sendiri, tentunya anda tidak mahu itu berlaku pada anak-anak anda bukan?

Tanya orang sekeliling sikap pasangan calon pilihan anda

Jangan malu nak tanya bekas kekasih dia bagaimana sikapnya. Selepas itu anda bezakan dan nilaikan sendiri. Tetapi pada masa yang sama jangan mudah percaya dengan kata-kata orang lain pula. Dengar boleh percaya jangan, tapi pada masa yang sama nilaikan dia. Boleh jadi sikapnya itu yang menjadi punca perpisahan mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen