Dapat Ibu Mertua Yang Sedikit Menguji, Ini Anda & Pasangan Perlu Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dapat pasangan yang baik, belum tentu dapat mertua yang baik. Begitu juga dengan kalau dapat mertua yang baik, pasangan pula akan menguji anda. Namun, kalau anda dapat kedua-duanya baik sangat beruntung buat diri anda.

Walaupun dunia sudah semakin moden, masalah antara mertua dan menantu ini akan tetap saja timbul dan agak sukar nak diselesaikan. Mungkin tidak serumit seperti filem “Ibu Mertuaku” tapi perkara ini juga menjadi punca ketidakbahagia dalam hubungan perkahwinan.

Salah faham dan tidak sependapat itu adalah perkara biasa sebenarnya dalam kehidupan kita. Dengan pasangan pun kita lalui perkara yang sama begitu juga dengan ibu bapa kita, jadi tidak mustahil ia berlaku kepada mertua juga.



Namun begitu, anda perlu bijak dalam memainkan peranan anda. Bahkan, minta juga bantuan pasangan anda agar hubungan yang keruh itu boleh jernih dengan secepat mungkin.

Mungkin ini boleh anda lakukan;

Bentuk team yang baik bersama pasangan

Jangan hanya mendiamkan diri sehingga merosakkan diri anda kerana ingin menjaga hati pasangan anda. Sebagai suami isteri, anda seharusnya lebih saling membantu antara satu sama lain kerana ingin menjaga hubungan kalian. Jadi, masalah ini juga perlu dihadapi bersama-sama pasangan anda.



Cuba untuk berkongsi dengan pasangan anda

Memang agak perit nak luahkan perkara yang dilakukan oleh keluarga pasangan anda. Mana tidaknya, bimbang kalau pasangan tidak percaya malah menyalahkan anda. Bukan itu saja takut kalau anda pula yang nampak buruknya, tapi cuba untuk berkongsi dan berbincang mengenai perkara ini dengan sebaiknya.

Buat batasan yang kalian persetujui bersama

Capai kata persetujuan dengan pasangan anda. Mana yang boleh mertua masuk campur dan mana yang tidak. Ibu bapa tentunya mahukan yang terbaik untuk anak mereka tetapi anda perlu berdikari sendiri dalam membangunkan rumahtangga kalian. Barulah lebih matang dalam setiap kali membuat keputusan.



Bincangan kebiasaan dari kedua belah pihak

Bagaimana mertua melayani anda dan bagaimana keluarga anda melayani pasangan. Jika dapat dilihat dari situ tentu ada perbezaan hingga tercetusnya masalah kalian. Sebaiknya anda memastikan pasangan anda memahami agar dia dapat lihat perbezaan itu.

Biarkan pasangan bertanggungjawab

Bila berlaku seperti ini, pasangan anda sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam mendamaikan kalian dan eratkan kembali hubungan kalian. Bukannya lepas tangan dan membiarkan anda yang memperbetulkan semua keadaan.

Setiap perkahwinan itu akan berdepan dengan masalah, maka dengan itu bersatu antara suami isteri akan membuatkan kalian lebih kuat dan permudahkan segala masalah yang dihadapi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen