Siapa Yang Tak Nak Kahwin Awal, Tapi Hakikatnya Ada Halangan Yang Tak Boleh Dielakkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak mahu mendirikan rumahtangga diusia yang muda, tentunya ramai yang mahukan perkara itu. Tapi itulah, kalau yang masih bujang dan tiada calon tentunya tidak boleh buat apa melainkan mencari dan berusaha bertemu pasangan hidup. Jangan pula anda yang mengelak untuk bertemu jodoh. Tapi yang sudah ada calon ini, kenapa masih belum halal lagi?

Orang tua kata, bila dah ada calon yang sesuai jangan tunggu lama-lama. Bukan saja takut diambil orang tetapi juga akan mendekatkan diri dengan perkara yang tidak baik, seperti fitnah.



Sememangnya fitrah manusia untuk menangguhkan sesuatu perkara oleh kerana kekangan masa termasuklah keinginan untuk berkahwin. Terdapat tiga perkara yang tidak patut dilambatkan dan salah satu daripadanya adalah berkahwin. Tetapi bukan sengaja ingin melambatkan perkahwinan hanya kadangkala halangan-halangan seperti tidak berjumpa jodoh yang sesuai ataupun tidak mempunyai wang yang secukupnya yang menyebabkan penangguhan tersebut.



Berdasarkan hadis Riwayat al-Tirmizi (171), perkara pertama yang disebut adalah jangan menangguhkan solat jika waktu solat sudah masuk. Perkara kedua adalah pengurusan jenazah jika ada kematian dan akhir sekali jangan melewatkan satu perkahwinan jika sudah bertemu jodoh.

Ada hikmah sebalik perkara tersebut iaitu ingin mencegah kemungkaran dan fitnah manusia. Nasihat baginda Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa seseorang itu jangan terlalu memilih pasangan. Apa yang penting dalam seseorang calon adalah agamanya yang baik, akhlak dan peribadi yang mulia dan sifat-sifat lain yang boleh menjadikan sebuah rumah tangga penuh dengan rahmat dan barakah Illahi.



Walaupun digalakkan, namun jika masih tidak mampu haruslah ditangguhkan terlebih dahulu sehingga diri mampu untuk bernikah. Nabi Muhammad SAW juga telah berikan empat kriteria pasangan yang ingin dikahwini iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Jika sudah bertemu yang sesauai dan anda mampu melangkah masuk ke alam perkahwinan, maka segerakanlah dan jangan dilambatkan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen