Kuatkan Rahim Dengan Amalkan 4 Makanan Ini. Nak-Nak Lagi Buat Mereka Yang Nak Kahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai wanita tentunya sangat mementingkan keadaan rahim anda. Nak-nak lagi bila sudah mendirikan rumahtangga, tentunya anda mengidamkan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga anda pula. Bimbang kalau lama sangat berbulan madu, takut tak sedap pula nanti.

Rahim adalah organ penting yang bertindak sebagai asas sistem pembiakan wanita. Rahim atau dikenali sebagai uterus merupakan 1 orang penting dalam sistem pembiakan wanita. Ia boleh dianggap mempunyai peranan utama dalam asas kehidupan.



Jadi ini bermakna setiap wanita harus mengutamakan kesihatan rahim mereka.

Masalah rahim lemah boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Jika ia berlaku, wujud kemungkinan untuk seseorang wanita itu berdepan kesukaran mendapatkan zuriat. Ini kerana pada bahagian tersebut akan berlaku proses persenyawaan apabila ovum bertemu dengan sperma. Di bahagian itu juga ovum akan tertanam dan membesar menjadi janin.

Daripada janin ia akan membesar dan bertukar kepada bayi. Seterusnya proses perkembangan bayi juga berlaku di rahim sehinggalah sampai masa untuk dilahirkan.

Jadi adakah terdapat cara menguatkan rahim yang boleh dilakukan? Sudah tentulah ada. Cara paling mudah melalui pemakanan.

Makanan kuatkan rahim

Protein

Umumnya, protein adalah penting bagi badan manusia dan turut berfungsi dalam menguatkan otot pada bahagian rahim.

Protein adalah komponen struktur utama semua sel. Disebabkan itu, jika sel dalam badan anda mendapat protein yang mencukupi, ia sudah tentu membuatkan sel menjadi sihat. Situasi ini sekali gus menyumbang kepada otot yang kuat.



Antara makanan kaya sumber protein adalah seperti:

• Salmon
• Daging lembu
• Ayam
• Ikan
• Kacang soya
• Keju
• Telur
• Kekacang
• Susu

Kurma

Kurma adalah sejenis makanan yang paling dicari ketika bulan Ramadan. Tetapi tanpa disedari ia juga sebenarnya makanan kuatkan rahim yang boleh diamalkan.

Ia mengandungi banyak nutrisi dan khasiat seperti protein, vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium dan niasin. Kurma juga sejenis makanan yang boleh memberikan tenaga. Jadi sekiranya anda berdepan dengan masalah rahim lemah, cubalah untuk mengambil kurma sebagai snek harian yang sihat.



Badam

Memakan badam setiap hari juga antara cara menguatkan rahim. Ia boleh dijadikan snek harian atau diambil sebagai 1 minuman sihat.

Jika anda ingin mencuba mengamalkan susu badam, anda boleh membuatnya sendiri. Caranya adalah merendam semalaman 7 biji kacang badam dalam segelas air. Selepas itu, kisar kacang bersama air rendaman tersebut sehingga hancur dan ia sedia untuk diminum.

Teh hijau

Minuman teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia bukan sahaja dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan uterus anda tetapi juga membantu mencegah fibroid pada organ tersebut.

Kalau anda merupakan penggemar minuman teh hijau, sudah tentu ia berita baik untuk anda bukan?

Penjagaan rahim

Selain bergantung kepada makanan kuatkan rahim untuk membantu masalah rahim yang lemah, anda juga sangat digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan mahupun berjoging sebagai antara cara menguatkan rahim.



Elakkan tabiat menahan kencing kerana tabiat itu boleh menjadi antara faktor penyebab jangkitan saluran kencing. Ia sekali gus boleh mendorong kepada masalah jangkitan pada faraj dan pelvik.

Jika terdapat sebarang kerungsingan atau kebimbangan berkaitan masalah rahim anda, lakukan pemeriksaan dengan pakar.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen