Bersuamikan Lelaki Panas Baran, Baca Doa Ini Ditelinganya Pada Waktu Tidur.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta, semuanya memang indah belaka. Kentut pun bau wangi inikan pula cemburu yang menguasai, itu semua akan dikatakan sebagai tanda sayang. Orang kata, selagi belum berkongsi bantal dan bilik, selagi itulah kita tak kenal pasangan kita walaupun dah bertahun bercinta.

Sangat untung kalau dapat seorang suami yang penyayang, dan juga memahami. Susah nak dapat suami macam itu. Tapi bila dapat suami yang agak dingin dan baran jangan pula anda kecewa. Dalam rumahtangga ini ada pelbagai ujian, boleh jadi itu ujian dalam rumahtangga anda.



Kalau sikap baran suami itu tenggelam timbul ikut mood mereka, mungkin boleh dimaafkan lagi. Boleh jadi dia letih atau penat dengan kerjanya. Tapi kalau sudah setiap hari ada saja yang tak kena, tiba-tiba marah-marah sampai bertahun-tahun anda memendam rasa kerana kecewa dengan sikap suami.

Jangan dibiarkan perkara ini begitu saja. Makan hati atau terlalu banyak simpan sesuatu seorang diri akan menjadi punca kemurungan. Tapi kalau nak kongsi masalah kita dengan orang lain takut menyebarkan aib pula.

Sebagai isteri, tentunya ada doa-doa yang boleh kita amalkan untuk mengatasi masalah panas baran suami ini. Doa ini perlu diamalkan secara konsisten selepas solat supaya suami berubah menjadi insan yang berhati lembut, penyayang dan juga memahami anda.

Sewaktu pasangan tidur sebelah pun jangan lupa untuk baca ini dan hembus ditelinganya secara perlahan-lahan.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen