Yang Lelaki Jangan Takut Nak Mendirikan Rumahtangga, Ini 5 Kebaikan Yang Anda Akan Perolehi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai perkahwinan saja, itu sudah membuatkan orang lelaki bimbang dan juga mendebarkan. Mana tidaknya, bila mengenai soal ini saja akan terlintas difikiran mereka akan tanggungjawab dan juga hak kebebasan.

Perkahwinan ini sememangnya akan mengubah hidup anda. kalau dulu sibuk uruskan diri sendiri dan fikirkan keseronokan bersama rakan-rakan, tapi bila dah kahwin kena mula fikir akan anak dan isteri. Banyak perkara yang perlu dikorbankan, tapi itu jika dipandang dari sudut negatif.



Cuba kalau anda lihat dari sudut positif, tentu saja akan buat anda rasa tak sabar nak kahwin.

Merasa aman dan juga stabil

Selepas berkahwin anda akan merasa lebih aman dan stabil dalam hubungan. Perkahwinan memberi anda rasa keselamatan dan kestabilan. Ini kerana, anda ada seseorang yang akan sentiasa di sisi anda saat susah dan senang, tidak perlu hadapi segala masalah bersendirian lagi.



Meneroka perkara yang baru

Dalam rumahtangga sebenarnya akan mengajar banyak perkara dalam hidup anda. Nak-nak perkara yang baru dan anda tidak pernah lakukan. Sebagai contoh, menyambut cahaya mata bersama pasangan anda. Bukan itu saja, rasa bertolak ansur dan juga memahami orang lain. Dengan perkara ini juga anda dapat lakukan kepada orang sekeliling anda.

Menjadi seorang yang lebih matang

Anda lebih kenal erti hidup ini. Dengan adanya pasangan yang membantu menjadikan anda seorang suami dan ayah yang baik. Pada masa yang sama, menjadikan anda hamba yang sentiasa mengingati diriNya. Masa itu tentu anda rasa nikmatnya hidup.



Rasa lengkap dan sempurna

Walaupun anda merasakan belum bersedia atau apa pun, tetapi bila anda mendirikan rumahtangga anda akan terasa diri anda lengkap dan sempurna. Dengan kehadiran pasangan anda yang mencintai anda setiap saat dan sanggup menerima anda. Nak-nak lagi jika ditambah dengan anak-anak kecil yang akan menceriakan hidup kalian.

Dapat peneman yang setia

Ini yang paling sukar sebenarnya, tapi bila mana anda berkahwin anda akan percaya bahawa isteri anda itu seorang yang setia. Mereka ini akan menghabiskan masa hidupnya dengan anda seorang saja sehingga ke hari tua. Tentu saja anda memiliki seorang peneman yang sangat setia sanggup susah senang bersama anda.

Rugi kalau anda memilih untuk tangguhkan perkahwinan kerana ramai yang ingin berkahwin saat ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen