Air Rebusan Kunyit Asam Jawa Bagus Untuk Wanita Yang Ada Masalah Period Tak Teratur & Naikkan Seri Wajah. Jom Amalkan Bersama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana wanita tentunya sangat bimbang jika berdepan dengan masalah period tidak teratur ini. Mana tidaknya, pelbagai kemungkinan yang berkaitan dengan masalah period tidak teratur ini, terutama masalah kesuburan. Mana-mana wanita tentunya sangat membimbangkan perkara itu.

Kalau yang datang agak lewat itu mungkin masih boleh dipertimbangkan dan kurang kebimbangan tapi yang tak datang dua tiga bulan, itu yang sangat membimbangkan. Nak kata hamil, bila check tak ada pula. Mereka yang berdepan dengan masalah ini tentunya ingin selesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Namun begitu, ada beberapa sebab mengapa kitaran period anda tidak teratur. Mungkin anda diantara mereka yang ada masalah ini.



Punca Haid Tidak Teratur

Kegemukan – Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan seterusnya menyebabkan gangguan kitaran haid.

Terlalu kurus – Tidak cukup lemak di dalam badan boleh mengganggu kitaran haid. Ini kerap berlaku kepada atlet sukan yang terlalu aktif bersukan.

Berlebihan Hormon Prolaktin – Hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan.

Masalah kesihatan Wanita – Haid datang lewat boleh disebabkan oleh penyakit seperti PCOS (Ketidakstabilan hormon), Fibroid (Ketumbuhan), Endometriosis atau deman panas yang memberikan tekanan fizikal.

Masalah Kelenjar Tiroid – Hormon tiroid juga boleh menganggu haid datang lewat dimana akan rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak.

Keradangan pada Pelvis (PID) – Jangkitan ini berlaku pada organ-organ pembiakan yang boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak teratur.

Pre/Menopaus – Pre-menopaus adalah tempoh di mana peralihan dari usia reproduktif ke usia tidak reproduktif. Ia berlaku pada wanita berusia lewat 40-an. Haid akan semakin sedikit dan jarang berlaku. Menopaus adalah apabila ovulasi tidak berlaku lagi dan haid berhenti selama-lamanya.

Tekanan / Stress – Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon (GnRH) yang menganggu proses ovulasi dan kitaran haid.

Penyusuan badan – Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan akan lebih menyediakan badan untuk menghasilkan susu. Sesetengah ibu yang menyusukan bayi langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun.

Tersilap pengiraan – Kitaran haid berbeza untuk setiap wanita. Purata kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Akan tetapi terdapat ramai wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur tidak boleh mengira tempoh kitaran haid mereka.

Ubat pencegahan hamil – Pengambilan pil perancang, suntikan atau pun ubat yang boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan mengganggu kitaran haid.

Ubatan-ubatan – Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Kehamilan – Ya, tempoh haid lewat mungkin kerana anda sedang hamil. Ujian kehamilan air kencing (UPT) ataupun darah boleh menentukan sama ada anda hamil atau tidak.

Tapi jika anda tidak hamil, air rebusan kunyit dan asam jawa ini membantu melancarkan kitaran haid anda seperti sedia kala. Ini resepi yang dikongsikan oleh Lyndah Abraham yang juga menjadi rutian hariannya.

Petua org tua dulu kita boleh amalkan kat sini saya nak kongsikan `air asam kunyit versi mak saya’

Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita.

Resepi:

1. Kunyit hidup 1inci

2. Halia 1inci

3. Asam Jawa 1sudu makan

4. Garam secubit

5. Air suam 1cawan

Cara-cara:

1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.

3. Tapis air kunyit asam kedalam cawan tadi.

4. Sedia untuk di minum
**Tak perlu rebus, kalau nak rebus boleh je. Tapi mak kita cakap khasiat tak sama.



Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)

Khasiat air kunyit asam :

* Melancarkan darah haid. atau nifas

* Melawaskan pembuangan. Bagi dalam pantang sangat-sangat membantu dari terkena sembelit. Bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut-turut. Biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10 masa ni darah nifas macam ada tak ada.

* Menaikkan seri wajah.

* Mencantikkn tubuh

* Menyihatkan tubuh.memberi tenaga.

* Awet muda jika di amalkan.

AWAS: Dinasihatkan supaya tidak di amalakn hari-hari. Boleh amalkan 1bulan 2kali. Minggu pertama dan minggu ke 3. Haid jangan ambil ye. Tak elok kacau rahim tengah sakit.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen