Rupanya Selama Ini Salah Kita Defrost Daging, Begini Cara Yang Betul.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cara yang selalu sangat kita mahupun mak-mak kita lakukan bila nak cairkan ikan, daging atau apa saja yang beku tentunya akan keluarkan dari tempat beku lalu biarkan beberapa jam di sinki.

Cara ini memang cara biasa sangat, sesiapa saja akan melakukan perkara ini. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya jika meletakkan daging beku diluar sebelum memasak adalah cara yang salah.



Menurut Public Health Malaysia cara tersebut boleh mengakibatkan bakteria pada daging berkenaan.

Meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak boleh mengakibatkan kuman.



Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.


Laman Facebook itu juga turut berkongsi cara-cara yang betul untuk menyahbekukan daging.

“Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak,” kongsinya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen