Selalu Mengantuk Siang Hari Sampai Tak Mampu Fokus Pada Kerja? Ini Punca Yang Perlu Anda Periksa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa-rasa dah cukup tidur, bahkan anda juga sudah tidur awal kerana terpaksa berkerja keesokan harinya. Tapi kenapa masih rasa mengantuk?

Pernah atau tidak anda berdepan dengan situasi ini? Mengantuk sepanjang hari pada waktu siang hingga hilang fokus dan minat terhadap kerja anda. Tambah lagi apabila otak sudah mulai tepu, mood untuk bekerja juga terganggu menyebabkan hari anda akan menjadi tidak sempurna.



Buat yang anda selalu berdepan masalah ini, cuba periksa keadaan anda. Berikut adalah antara 6 perkara yang perlu anda elakkan supaya tidak merasa mengantuk pada siang hari:

Makan terlalu banyak karbohidrat

Makan makanan berat dan banyak karbohidrat pada waktu tengah hari boleh membuatkan badan anda menjad lesu pada waktu petang. Makan makanan yang sihat seperti buah-buahan serta sayuran boleh membuatkan anda kekal segar sehingga lewat petang.



Kurang air / Dehidasi

Kekurangan air dalam badan boleh menjadi punca anda mengantuk yang cukup teruk. Banyakkan meminum air kosong dan tidak berada dalam keadaan dahaga supaya anda kekal segar.

Duduk terlalu lama

Duduk terlalu lama dalam suasana sejuk dan sunyi boleh mendorong seseorang untuk rasa bosan. Rasa bosan ini boleh membuatkan seseorang itu kehilangan tenaga, seterusnya menyebabkan mengantuk.

Tidur lewat pada waktu malam

Tabiat suka berjaga pada lewat malam boleh mengganggu tumpuan dan menjejaskan tenaga seseorang pada siang hari.



Tidur tidak lena.

Tidur yang tidak lena pada malam hari dapat menyebabkan emosi seseorang itu terganggu, seperti adanya gangguan bunyi atau cahaya yang terang ketika tidur. Dapatkan tidur lena supaya anda tidak merasa mengantuk keesokkan harinya.

Stress!

Ya, rasa tekanan boleh menyebabkan individu itu kerap berfikir, dan mengakitbatkan keletihan. Keletihan pada otak seterusnya menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak bermaya, malah mengantuk sepanjang hari dan menjejaskan tumpuan.

Dapatkan nasihat daripada pakar sekiranya anda masih mempunyai masalah tidak cukup tidur kerana tidur adalah satu perkara yang sangat penting kepada semua manusia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen