"Jangan Jatuhkan Maruah & Air Muka Orang Lain..." Pu Amin Nasihat Orang Ramai Tentang Isu Prank.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini memang agak hangat tentang isu prank ini. Nak-nak lagi selepas seorang gadis di’prank’ oleh kekasihnya sendiri. Rakaman tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.

Ada yang menyokong tindakan tersebut dan ada pula yang membantah, namun perkara sudah berlaku. Kita sebagai penonton ini lebih baik ambil pengajaran daripada perkara itu.

Bagaimanapun, Pendakwah Da'i Wan Dazrin juga menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak wajar hanya kerana ingin menguji kesetiaan pasangan masing-masing. Manakala pendakwah PU Amin menganggap budaya prank ini dilarang dalam Islam walaupun sekadar hiburan yang menarik orang untuk menontonnya.



"Budaya prank yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka orang adalah dilarang di dalam agama Islam. Walau hanya lakonan dan sekadar menarik orang tengok ia tetap ditegah.

"Jangan mainkan perasaan orang lain. Nabi pesan nak berhibur jangan sampai berdusta. Semoga Allah jaga kita," kata PU Amin pada entri yang dimuat naik di Instagramnya.



Menurut PU Amin, prank yang ada unsur penipuan dan lakonan yang membawa pergaduhan dan pertelingkahan sehingga boleh memutuskan silaturrahim adalah sangat dilarang dalam Islam.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا..

Nabi Muhammad Saw bersabda, permudahkan jangan menyusahkan, gembirakan jangan mendukacitakan.

"Jaga-jaga dalam berhibur atau menghasilkan content di media sosial kita. Menakutkan orang dengan sesuatu yang direka-reka adalah bencana yang sangat negatif. Pelihara diri kita semua dengan meninggalkan sesuatu yang tidak manfaat bagi kita.

"Ini pesan Rasulullah. Kalau nak jadi ummat yang terbaik janganlah kita lakukan lagi. Berhentilah, memang kita kata itu kejutan tapi ia tetap dilarang dan bukan hiburan yang dibenarkan. Inshaallah semoga kita dapat fahami bersama," kata PU Amin lagi.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen