Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Isteri. Lelaki Sebaik Khuzairi, Menjadi Kegilaan Para Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya ramai yang tengan melayan drama 7 Hari Mencintaiku 2. Jika sebelum ini musim pertama sudah banyak pengajaran yang diambil dari drama tersebut, tetapi pada musim kedua ini tentu saja masih banyak pengajaran dalam hal kekeluargaan dan juga rumahtangga.

Watak Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahya, sememangnya mendapat tempat dihati penonton wanita. Mana tidaknya, seorang suami yang manis dan juga romantik, tentu saja suami yang diangankan oleh semua wanita.



Apa yang membuatkan Khuziri ini begitu sempurna dimata wanita?



Terlalu sayang pada isterinya

Kalau boleh dilihat sikap yang terlalu sayangkan isteri ini tentu saja menimbulkan rasa cemburu oleh sesiapa pun. Ramai diantara kita mengharapkan layanan seperti itu bila sudah bergelar isteri. Walaupun dalam apa jua keadaan dia yang begitu sabar melayani kerenah isterinya tanpa sedikit pun menaikkan suara.

Menjaga hati kedua-dua pihak

Walaupun dalam kemulut mertua dan juga menantu, tetapi sebagai seorang suami dan juga anak, dia masih lagi cuba menjaga hubungan baik antara keduanya. Tidak melebihkan mana-mana pihak tetapi sedaya upaya menjaga hati keduanya agar berlaku adil dan tidak melukakan keduanya. Ini kerana, baginya dia tahu kedua-duanya adalah penting dalam hidupnya. Sebab itu dia tidak lepas tangan begitu saja tetapi guna pelbagai usaha untuk perbaiki hubungan mertua dan menantu itu.



Tahu ilmu agama dan juga bertanggungjawab

Apa yang lebih menarik hati wanita akan watak ini tentunya memiliki ciri-ciri calon suami yang sangat baik. tahu ilmu agama dan juga seorang yang bertanggungjawab tentu saja perkara yang dicari-cari oleh mana-mana wanita yang sedang mencari jodoh. Perkara ini sangat penting untuk kekalkan hubungan dalam rumahtangga sentiasa bahagia.



Sentiasa ingin selamatkan hubungan

Tidak pernah kenal erti putus asa, lelaki seperti ini sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dengan isterinya walaupun apa jua yang dilakukan oleh pasangannya. Tidak pernah kenal erti mengalah tetapi lebih ingin berjuang selamatkan hubungan walaupun apa juga keadaan dan halang.

Seorang yang sangat penyabar

Seorang yang sangat penyabar, itu juga salah satu ciri-ciri yang diingini wanita. Mana tidaknya, wanita ini banyak ragamnya. Bila dapat pasangan yang sabar melayani kerenahnya tentu saja dia akan terrasa bahagia. Nak-nak yang sentiasa sabar dengan sikapnya.

Namun begitu, sebagai wanita perlu sedar bahawa tidak akan ada lelaki seperti watak Khuzairi ini. Jadi, hidup dalam dunia yang nyata dan jangan terlalu berangan nak lelaki sempurna seperti dalam tv pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen