Sabda Rasulullag SAW:
“Setiap sesuatu ada jantungnya dan jantung Al-Quran ialah Yasin. Barangsiapa membaca Yasin, Allah tuliskan untuknya pahala membaca Al-Quran sepuluh kali ganda” (Riwayat Al-Tirmizi)
Menjadi satu kebiasaan kita bila membaca Surah Yasin pada malam jumaat. Tapi sebenarnya, ia tidak hanya terhad pada malam itu saja, tetapi boleh dibaca bila-bila masa.
Ibni Abbas r.a berkata:
“Sesiapa membaca Yasin di waktu pagi diberikan untuknya kemudahan hari itu sampai ke petang dan sesiapa membacannya di awal malam, diberikan untuknya kemudahan malam itu sampai ke pagi”(Riwayar Al-Darimi)
Memang banyak kebaikan Surah Yasin ini. Di dalamnya tersimpan seribu rahsia, bahkan ada penawar untuk penyakit serta pelindung.
Buat mereka yang mencari jodoh, amalkan Surah Yasin, ayat 36. Ayat ini juga dikenali sebagai dia pengasih.
Amalkan secara konsisten, Insya-Allah akan dikurniakan jodoh yang baik dan mampu membimbing kita ke jalan soleh.

Tinggalkan Komen