Persiapan Perkahwinan Yang Sebenar, Bakal Pengantin Kena Tahu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Meghitung hari untuk bergelar raja sehari sememangnya sesuatu yang indah sekali. Walaupun sibuk melakukan persiapan tapi itulah saat-saat yang indah sebenarnya, baik lelaki mahupun yang perempuan. Biasanya bila bercakap mengenai persiapan perkahwinan ini, ramai yang lebih fokuskan majlis, pakaian dan berapa ramai jemputan. Tapi sebenarnya ia lebih dari itu.

Sejatinya, Allah SWT menciptakan setiap manusia dengan berpasangan. Malahan perkahwinan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, pada masa sama tidak boleh terlalu ditakuti. InsyaAllah, dengan persediaan yang dilakukan sebelum melangsungkan pernikahan akan membantu melancarkan urusan yang mulia itu.



Berikut, beberapa perihal persiapan yang bersesuaian dengan pernikahan dalam Islam;

#1 – Niat Bernikah Kerana Allah SWT

Walau apapun yang dilakukan, niatkan perbuatan tersebut kerana Allah SWT. Begitu juga dengan bernikah, lakukanlah untuk mendekatkan diri dengan Allah supaya dalam perkahwinan itu terdapat berkat dan rahmat.

Oleh itu, setiap langkah seterusnya dalam alam perkahwinan handaklah disertakan dengan niat tulus untuk beribadah dan menjalani kehidupan bersama-sama pasangan yang halal. Perlu diingatkan dengan niat bernikah kerana Allah juga dikurniakan pahala dan rezeki dariNya.



#2 – Memahami Konsep Pernikahan

Dianjurkan untuk pasangan memahami maksud pernikahan yang sebenarnya. Bukan hanya bernikah kerana memenuhi keinginan sahaja, tetapi sebab dan hikmah Islam menuntutnya.

Ini juga bermaksud, setiap pasangan yang ingin berkahwin mestilah bersedia untuk memegang peranan selepas berkahwin kelak.

Contohnya bagi seorang isteri mestilah bersedia untuk mendengar atau mematuhi setiap arahan dan suruhan suami, yang mungkin itu adalah perkara baru baginya. Begitu juga dengan suami, ada seorang wanita yang bakal menjadi tanggungjawabnya nanti, bahkan menjadi syurga bagi wanita itu.

#3 – Mendekatkan Diri dengan Agama

Lakukanlah segala perkara dan amalan yang baik. Contohnya dengan mengamalkan perkara sunnah yang sangat membantu mendekatkan diri dengan agama.

Selain itu tinggalkan segala amalan buruk dan berusahalah untuk berubah ke arah kebaikan. Sikap dan perbuatan ini sangat berguna dalam melayari perkahwinan nanti kerana, masing-masing akan menjadi contoh baik kepada pasangan terutamanya para suami.

Manakala bagi isteri pula akan mengajarkan kepada anak-anak kelak. Dengan memahami agama akan menjadikan sesebuah keluarga itu lebih bahagia dan dirahmati Allah.



#4 -Belajar Ilmu Rumahtangga Dan Kekeluargaan

Bagi bakal pengantin, sama-samalah belajar untuk menjadi isteri dan suami idaman bagi pasangan masing-masing. Cuba miliki akhlak yang baik, peribadi yang memikat dan jauhilah amalan yang tidak digemari pasangan. Paling penting terimalah pasangan seadanya.

Tips kemanisan berumahtangga juga boleh dirujuk kepada pasangan yang lebih tua seperti ibu bapa, bakal mentua, saudara mara dan sebagainya. Perbanyakkan juga bacaan mengenai kebahagiaan rumahtangga selain menyertai kursus atau seminar.

#5 – Jauhkan Majlis Perkahwinan yang Dilarang Agama

Dalam menyiapkan majlis perkahwinan pula, tidak semestinya mengikuti semua perkara yang dilakukan oleh umum seperti hari ini; sesi fotografi, video pra-perkahwinan, tempahan makanan yang mewah, set karokae dan sebagainya.
Utamakan perkara yang wajib dahulu, seperti makanan yang halal untuk para tetamu. Kemudian barulah fikirkan perkara lain yang tidak menyimpang dari agama.

Lakukan hal yang sederhana dan mengikut kemampuan. Jangan terikut-ikut dengan ‘trend’ sehingga berhutang dan akhirnya terpaksa membayar hutang itu bertahun-tahun.

Sediakanlah pakaian yang bersesuaian yang tidak mendedahkan aurat pengantin, terutamanya pengantin wanita. Selain itu, elakkan pembaziran dengan menyenaraikan keperluan yang penting dahulu.

Setiap perkahwinan yang sempurna sangat memerlukan sebuah persediaan yang rapi, iaitu dari aspek mentaliti, fizikal termasuklah ekonomi dan material.

Oleh itu, perkahwinan bukanlah sebuah perjalanan yang mudah dan murah, tetapi ianya sebuah pengembaraan yang jauh dan berliku yang memerlukan kekuatan dan persediaan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen