Seram Kalau Dapat Mak Mertua Macam Mak Leha Ni, Tak Jaga Hati Menantu Langsung.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tidak mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini yang sedang ditayangkan pada ketika ini. Drama yang banyak pengajaran dan iktibar malah pada masa yang sama mengundang rasa geram para penonton.

Buat yang menonton drama ini tentunya cair melihat watak Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahya, tapi sakit hati dan geram melihat watak Mak Leha yang dilakonkan oleh Liza Abdullah.

Seram kalau dapat mak mertua macam Mak Leha ini, minta-minta dijauhkanlah dapat mertua macam ini. Walaupun ia sekadar kisah rekaan saja, tetapi tetap menakutkan perkara-perkara seperti itu jika berlaku dalam rumahtangga kita.



Apa yang membuatkan mertua macam Mak Leha ini menakutkan?

Suka cakap lepas tak fikri hati orang lain

Paling menakutkan adalah sikap Mak Leha yang suka cakap lepas tanpa fikir hati perasaan orang lain. Walaupun kadang kala apa yang dia katakan itu betul, tetapi tidak perlu diluahkan tanpa memikirkan orang lain. Takut nanti orang lain pula tak jaga hati kita.

Sebagai menantu tentunya lebih mudah terasa kerana orang luar, mak mertua pula yang macam ini. Memang ada saja yang tak kena dengan rumahtangga itu nanti.



Sikit-sikit nak kahwinkan anak dengan pilihan sendiri

Kalau dilihat, dari musim satu hingga ke musim yang ini, Mak Leha ini sikit-sikit nak kahwinkan anaknya dengan pilihan hatinya. Masih merasakan pilihan yang dia lakukan itu adalah pilihan terbaik tanpa ambil pengajaran yang lepas.

Walaupun tak suka dengan menantu, tapi kesian juga pada anak yang tersepit antara isteri dan anak tetapi tetap saja dia tidak peduli akan semua itu. Baginya kemahuannya tercapai.

Tak nak mengalah

Baik dengan suami, anak-anak atau menantu, sikapnya yang tak nak mengalah itu memang menyakitkan hati. Hanya dia saja yang betul dan bila ditegur langsung tak nak terima. Kadang kala tak salah mertua mengalah sedikit demi kebahagiaan anak-anak, bagi peluang untuk menantu itu berubah.



Suka sumpah seranah

Ini lagi menakutkan sebenarnya, bila mertua sendiri doakan perkara yang tidak baik dalam rumahtangga anak-anak dan menantu. Walaupun untuk membalas apa yang menantu lakukan terhadapnya tetapi perkara ini tidak seharusnya dilakukan oleh orang yang lebih berusia. Setiap apa yang dilakukan itu akan menjadi contoh anak menantu juga kelak nanti.

Lebihkan orang luar

Mudah sangat percaya orang luar yang dia rasakan baik tanpa kenali dengan lebih dalam. Malah, kepercayaannya itu merosakkan hubungan suami isteri dan rumahtangga anak-anaknya. Tapi dia tetap juga lebih membela orang luar berbanding anak menantunya. Aduh pening kepala.

Semoga kita dijauhkan dengan mak mertua seperti ini. Malah, semoga kita sentiasa diberikan kekuatan dam mengharungi ujian rumahtangga dan keluarga mertua menerima kita dengan baik dan melayani kita seperti anaknya juga. Mintak jauh mertua seperti Mak Leha.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen