“Setiap Orang Bujang Yang Masuk Syurga Akan Berkahwin Dengan Pasangannya Yang Dia Suka Di Dalam Syurga...” Tiada Orang Bujang Di Dalam Syurga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila terlalu lama sangat membujang, dah usaha mencari pasangan hidup masih tidak dijumpai, tentu ada yang sudah berserah saja kepada Allah kerana tahu bahawa Allah adalag perancang yang terbaik. Jadi, dari sibukkan diri memikirkan mengenai jodoh tak kunjung tiba, tentu lebih baik fokus kepada ibu bapa dan juga perkara lain.

Walaupun begitu, tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana kalau seseorang itu di dalam dunia tidak berkahwin dan dia hidup membujang sampai ke akhir hayat adakah di syurga nanti dia juga tidak akan berkahwin?



Mana tidaknya, perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Daripada Aisyah r.a berkata, bersabda Nabi s.a.w “Perkahiwnan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikuti sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.” (riwayat Ibn Majah)



JAWAPAN :

Sesungguhnya di dalam syurga nanti setiap penghuninya akan memperolehi apa yang dia kehendaki maka begitu juga dengan pasangan. Setiap orang bujang yang masuk syurga akan berkahwin dengan pasangannya yang dia suka di dalam syurga.

Firman Allah Taala :

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَاءُونَ كَذَلِكَ يَجْزِي اللَّهُ الْمُتَّقِينَ
Artinya : “Segala kebun-kebun syurga ‘Adan itu semua orang beriman akan memasukinya. Syurga yang berlalu air di bawahnya dan di dalam syurga itu semua penghuninya memperolehi apa yang mereka kehendaki. Seperti inilah Allah membalas akan orang-orang yang bertaqwa.” (An-Nahl : 31)

Maka jelas Allah memeberitahu pada ayat ini apa sahaja yang disukai oleh penghuni syurga akan mereka dapat termasuklah isteri atau suami.

Setiap orang lelaki yang mati dalam keadaan bujang akan berkahwin di dalam syurga dan setiap perempuan yang bujang di dalam dunia akan berkahwin di dalam syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya :

قال أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah saw : Dan tidak ada di dalam syurga hidup membujang.” (Hadith Imam Muslim)

Dan diriawayatkan dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda :

وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ ، يُرَى مُخُّ سَاقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ ، مِنَ الْحُسْنِ
Artinya : “Dan bagi setiap ahli syurga itu dua orang isteri yang dapat dilihat bahagian dalam betisnya dari luar daging daripada terlaku cantiknya.” (Hadith Imam Muslim)

Maka terjawab sudah bahawa orang yang mati bujang di dunia ini akan berkahwin di dalam syurga nanti.

Jika sekiranya di dalam dunia ini dia tidak ingin mempunyai pasangan sekalipun pasti di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tersebut dan dia akan berkahwin kerana bujang itu adalah kekurangan dan kekurangan itu tidak akan ada di dalam syurga.

KESIMPULAN

Syurga adalah tempat bersuka dan berseronok yang Allah janjikan bagi orang-orang mukmin. Antara perkara yang menyeronokkan ialah memilik segala yang indah dan cantik sebagaimana hidup di dunia.

Tidak ada seorang pun yang masuk syurga melainkan akan ingin mempunyai teman baginya menikmati keindahan syurga. Maka kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan yang dengan pasangannya itu dia akan bersuka dan berseronok sepuas hati.

Suami isteri di dalam dunia akan menjadi suami isteri di dalam akhirat.

Orang yang bujang di dalam dunia akan mempunya isteri atau suami di dalam syurga.

wallahua’lam




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen