Walaupun Berjauhan, Masih Ada Cinta Antara Korang. Jom Lihat 5 Tanda Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang jalinkan hubungan jarak jauh ini sudah tentu sentiasa dihantui rasa kegaruan dan tidak percaya. Mana tidaknya, pasangan jauh dari mata tidak tahu apa yang dilakukan.

Nak-nak lagi, hubungan jarak jauh ini kerap kali dikatakan sebagai hubungan yang sukar untuk dipertahankan. Biasanya, hubungan ini akan berakhir ditengah jalan begitu saja. Tentunya mereka yang harungi perkara ini sangat membimbangkan jika ia berlaku pada hubungan yang terbina.



Walaupun berjauhan, tentu saja ada rasa cinta itu tetap anda. Bila berjauhan ini, ramai yang bimbang kalau pasangan tiba-tiba berubah hati, berlaku curang malah tawar hati dengan ujian yang mendatang.

Tapi jangan bimbang, kalau pasangan anda masih ada lima tanda ini, hatinya masih ada pada anda walaupun kalian berjauhan.



Mencari masa untuk bersama

Walaupun hanya video call atau membalas pesanan saja, itu pun sudah menandakan bahawa dia mencari masa untuk luangkan bersama anda. Namun, jika dia ajak berjumpa dan sanggup harungi perjalanan yang jauh demi anda tentu saja itu tandanya dia masih sayangkan anda.

Seseorang yang sayangkan diri anda sanggup lakukan apa saja untuk bersama anda.

Tidak berjanji kalau tidak mampu

Dia tidak mahu melukakan hati anda, sebab itu dia tidak mahu berjanji sesuatu yang tidak pasti. Mana tidaknya, janji yang tidak tertunai ini akan membuatkan seseorang meraguinya. Maka dengan itu dia elakkan perkara yang akan mendatangkan keraguan dan membuat hubungan goyang.

Biarkan anda jalani hidup berdikari dengan baik

Mereka sentiasa menyokong apa saja yang anda lakukan asalkan itu membuat anda bahagia. Ini kerana, dia tahu bahawa dia bukan sentiasa di sisi anda untuk membahagiakan anda. Maka, aktiviti atau sesuatu perkara yang membuat anda lebih matang dan bahagia adalah perkara yang membahagiakan dirinya juga. Bukan itu saja, dia juga tahu anda perlukan sesuatu yang lain untuk hilangkan kesunyian dikala kalian berjauhan.



Mempercayai anda

Dalam hubungan jarak jauh ini, kepercayaan tersangatlah penting. Mana tidaknya, tanpa kepercayaan ini hubungan akan goyang dan bila-bila masa saja boleh terlerai. Seseorang yang benar-benar mencintai dan menginginkan anda akan selalu memilih kepercayaan daripada kecurigaan.

Hormati setiap keputusan anda

Mereka memahami bahwa mereka tidak boleh selalu berada di samping anda untuk memberikan pendapat mereka tentang keputusan besar dan kecil yang harus dilakukan anda. Mereka akan mempercayai keputusan anda dan membantu menangani masalah jika itu berlaku.

Nak pertahankan hubungan jarak jauh ini bukan perkara yang mudah. Tapi bila anda dapat seseorang yang memiliki tanda seperti ini, ya! Itu tanda dia masih menyayangi anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen