Jangan Pandang Serong Pada Ibu Yang Bunting Pelamin. Itu Rezeki Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang teruja kalau tahu dirinya bunting pelamin, tapi ada pula yang sebaliknya kerana bimbang akan kata-kata orang pula. Aduh, yang mana sebenarnya ni nak gembira atau sebaliknya?

Bila cakap pasal bunting pelamin saja tentu akan ada yang salah anggap atau memandang serong. Ini yang tak sedap didengar dan mendatangkan kebimbangkan buat pasangan pengantin baru.



Kahwin baru saja dalam tempoh 4 minggu tapi usia kandungan dah masuk dalam 6 minggu. Aik macam tak kena saja.

Haaa... bukan macam yang anda fikirkan itu. Inilah namanya bunting pelamin.



Sebagai contoh, pasangan ini bernikah dan menaiki pelamin pada 28 Januari 2017 iaitu pada cuti raya cina yang lepas.
4 minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017 pengantin perempuan disahkan mengandung dan usia janin dianggarkan 6 minggu.

Apa yang jadi sebenarnya?

Bunting pelamin adalah ‘misnomer’.

Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya.

Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan dapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan serong orang ramai.

Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu.

Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yang suka menghina namun fakta pun tak tau.

Jika ada yang mengutuk atau pandang serong, anda jangan bimbang atau malu kerana mereka telah secara sengaja membuka kebodohan dan keaiban mereka secara terbuka.



Kenapa ini terjadi?

Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikh LMP dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yang terakhir.

Last Menstrual Period (LMP) ialah hari PERTAMA haid bermula.

Contoh : 14 Januari 2017 (2 minggu sebelum nikah)

Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.

Contoh : 28 Januari 2017 (pada hari pernikahan)

Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan.

Sperma boleh “hidup” 3-7 hari di dalam rahim untuk “bersaing” mempersenyawakan ovum yang dilepaskan …. dan mereka (sperma) secara purata hanya ada 12-24 jam sahaja untuk mempersenyawakan ovum yang akan “luput” selepas tempoh tersebut.

Contoh : 28 Januari 2017 (pada malam pertama pernikahan)

Kebiasaanya wanita disahkan hamil selepas ‘missed period’ atau tidak datang haid selama 1-2 minggu, dan ini akan ‘trigger’ pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama.

Contoh : 28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah dan 6 minggu selepas haid yang pertama)

Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku.

Contoh : LMP 14 Januari 2017, maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari 2017 (Usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar, kerana janin terbentuk pada hari pesenyawaan.)

Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh.



Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau untuk apa-apa intervensi perubatan atau dalam menentukan parameter ultrasound.

Namun, apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yang pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tidak pernah terfikir perkara sebegini.
Ini hanya membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.

Contohnya, selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yang enggan ke hospital dan sengaja menunggu 2 minggu lagi, kononnya mereka tahu tentang ini, sedangkan dengan berbuat demikian, risiko bayi mati dalam kandungan adalah sangat tinggi.

Jangan mudah sangat nak buruk sangka dengan orang lain. Kadang apa yang kita fikirkan itu bukan macam apa yang sebenarnya terjadi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen