Pak Samad Contoh Suami Terbaik, Tapi Ramai Nak Macam Khuzairi Yang Romantik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa yang menonton drama beremosi 7 Hari Mencintaiku 2 ini sememang akan kenal dua watak ini, iaitu watak Pak Samad dan juga watak Khuzairi. Drama yang sedang bersiaran ini memang sedang hangat menjadi buah mulut orang, nak-nak lagi sekarang ini tinggal lagi 2 episod saja.

Mana-mana penonton yang menonton drama ini terutamanya wanita tentunya akan lebih terpikat dan tertarik dengan watak Khuziri yang mana dilihat sebagai seorang suami yang romantik dan juga penyabar. Tak hanya itu saja, watak Khuziri yang dilakonkan oleh Syukri Yahya ini juga dikatakan seorang yang sangat sayangkan isterinya.



Tentu saja watak sebegini akan mendapat tempat dihati wanita.



Pak Samad tegas dan garang

Berlainan pula dengan watak Pak Samad yang dilakonkan oleh Kazar, nampak macam tak penting tetapi ia sebenarnya ada kesan yang tersebar juga dalam drama. Kelihatan seperti seorang yang tegas dan garang tetapi sebenarnya baik hati dan juga pemaaf orangnya.

Mungkin ramai yang lebih memfokuskan dan mengangankan bersuamikan lelaki macam Khuziri, sehingga nampak watak tersebut seolah seperti suami yang sempurna. Namun begitu, Khuziri ini suami yang sempurna ke?

Namun sebenarnya, watak Pak Samad adalah contoh suami terbaik yang patut wanita bujang cari dan idamkan. Ini kerana, suami seperti Pak Samad ini, selalu menegur kesalahan isteri. Isteri buat salah tegur, dalam garang dia, dia tetap bergurau dengan isteri. Tapi bila isteri buat salah, dia nasihat dulu namun bila isteri masih berkeras baru dia marah.

Tak hanya itu saja, Pak Samad juga seorang yang pemaaf dan sentiasa memberi peluang kepada anak menantunya selepas melakukan kesalahan. Tidak menyimpan dendam tetapi lebih terbuka kerana tahu bahawa manusia tidak lari dari melakukan kesalahan.

Dalam apa jua situasi, Pak Samad ini akan mendengar kedua-dua belah pihak. Dia tidak akan hanya mendengar sebelah pihak lalu membuat keputusan. Sikap adil seperti ini tentunya mampu menjadi ketua keluarga dan pemimpin yang baik.



Khuzairi penyabar dan romantik

Berlainan pula dengan Khuzairi ini, sikapnya yang baik dan romantik ini memang menarik di mata wanita. Menjadi idaman untuk bersuamikan lelaki penyabar macam Khuzairi ini. Tapi sikapnya yang tidak mendegar kedua-dua belah pihak dan hanya menangkan sebelah pihak saja memang akan mengundang masalah kalau isteri ada salah faham dengan ibu mertua.

Sebagai contoh, bila Mak Leha mengadu akan sesuatu pada Khuzairi, dia terus mempercayainya tanpa mengambil kira belah isterinya. Dia terus mempercayainya. Namun bila isterinya mengadu kepadanya, dia akan anggap itu kerenah orang tua bila saat marah.

Jadi di sini boleh nampak yang watak Pak Samad itu adalah contoh suami terbaik. Dia tahu bagaimana nak membimbing isteri dan menegur isterinya, malah tahu bagaimana nak redakan keadaan yang sedang bahang.

Apa-apa pun, suami yang macam mana anda ingin kan?

 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen