"Gambaran Cara Wanita Itu Dibesarkan Adalah Cerminan Keluarga Beliau..." Pesan Prof Dr Muhaya Dalam Mencari Jodoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap mereka yang bujang memang inginkan hidup berpasangan dan berumahtangga. Itu adalah satu fitrah manusia yang tidak boleh disangkal lagi. Tapi sebelum berangan ke arah keluarga dan suami isteri bahagia, pemilihan pasangan itu tersangatlah penting.

Pemilihan pasangan ini bukan hanya ikut selera dan nafsu kita saja, tapi banyak cabang bila difikirkan secara mendalam. Pasangan yang anda pilih hari ini akan menjadi ayah, ibu dan juga rakan baik anda, kalau tersilap pilih akan bawa kesan dikemudian hari.

Jadi, ini antara pesanan daripada Prof Dr Muhaya jika anda sudah mula serius dengan pasangan anda untuk meneruskan hubungan itu sehingga kea lam perkahwinan.



“Jangan bazirkan masa, emosi, wang dan kehidupan dengan aktiviti sia-sia tanpa terus pada tujuan perkahwinan dan membina diri kearah menjadi ibu bapa mithali.”

Semestinya jika anda ingin menjalinkan hubungan ada tujuan untuk berkahwin. Tak semestinya mendesak pasangan anda untuk kahwin, cuma ingin kepastian bahawa hubungan itu menuju kearah yang baik dan tidak sia-sia.



“Kepada kaum Adam, pilihlah seseorang yang akan menjadi ibu kepada bakal anak-anak kita iaitu guru pertama anak kita."

Ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk perempuan juga. Lihat dengan teliti perangai pasangan anda, jika mereka mampu menjadi seorang ibu atau bapa yang baik. Tetapi perkara ini tak boleh la nak menilai sekali pandang kerana ada individu yang naluri keibuan atau kebapaan itu datang apabila mereka bakal menerima cahaya mata.

“Jangan menyesal kerana tersilap pilih semata-mata nafsu saja. Kecantikan akan hilang tetapi akhlak kekal.”

Akhlak lebih mulia daripada kecantikan. Walaupun pasangan kita tu tak mempunyai paras rupa yang mengikut standard kecantikan masyarakat, tetapi yang penting akhlak mereka yang kekal sehingga bila-bila. Kita akan mula melihat mereka dengan mata hati, dan itu lebih penting.



“Gambaran cara wanita itu dibesarkan adalah cerminan keluarga beliau.”

Semestinya cara seseorang itu dibesarkan adalah gambaran cara mereka akan membina keluarga mereka. Tetapi sebenarnya tak juga, ada orang yang datang daripada broken family, dan sebab dia tahu betapa peritnya perasaan tersebut sebab itulah dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat anak-anaknya merasai keperitan itu.

“Pilih keluarga yang kita nak jadikan sebagai keluarga kita. Baru tidak berlaku masalah mertua dan menantu.”

Pepatah orang putih, “You’re not only marrying her, you’re marrying her family.” Jika tidak mendapat restu keluarga macam mana nak membina rumah tangga yang bahagia. Pasti ada masalah mertua dan menantu. Jadi, sebelum kahwin kita kenalah berkenalan dengan bakal keluarga mertua supaya kehidupan selepas kahwin tidak mempunyai pelbagai masalah.

Tapi apa-apa pun sebelum nak fikir dia itu pasangan anda ke tidak, tahu dulu adakah pasangan itu serius dengan anda atau tidak? Bahkan, anda juga serius dengan dirinya atau tidak? Kalau dua-dua serius barulah hubungan boleh menuju ke arah yang lebih serius selain berkenalan dan berkawan saja, mungkin selepas ini berumahtangga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen