Perbezaan Itu Membahagiakan, Kalau Suami Pendiam Isteri Tentunya Rajin Bercakap.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila mencari pasangan hidup ini, tentunya ramai yang nak cari persamaan. Kalau boleh lebih banyak persamaan dari perbezaan. Bila ada persamaan barulah mudah nak saling memahami. Itu selalu sangat yang kita fikir.

Tapi bila dah namanya jodoh tentunya kita tidak jangka macam mana. Boleh jadi kita nak yang itu dapat yang macam ini. Tidak boleh jangka macam mana yang menjadi pasangan hidup kita.

Jangan lihat pada perbezaan tetapi lihat kepada bagaimana dia menyayangi diri anda. 



Selalu sangat kita lihat suaminya pendiam, tapi isterinya cakap tak berhenti. Ada juga yang suaminya lembut saja tapi isterinya sangat tegas. Perbezaan itu yang sebenarnya sangat menguatkan hubungan mereka.

Perbezaan itu melengkapkan bukan menjauhkan

Ramai yang takut kalau perbezaan ada dengan pasangan, hubungan akan renggang dan juga menjauh. Bimbang kalau perbezaan itu menjadi punca kalian selalu salah faham tanpa sebab yang jelas. Sebabnya tidak saling memahami dan saling berbeza pendapat dan fikiran.



Sekadar perbezaan pendapat dan tidak memahami pasangan, anda bukan bersama kembar yang perlu ada pendapat yang sama setiap kali membuat keputusan. 

Perbezaan sikap itu menyempurnakan

Kalau suami pendiam isteri banyak cakap tentu hubungan rumahtangga tidak akan sunyi. Sama juga dengan suami lembut tetapi isteri tegas tentu keputusan lebih kuat dan mampu kata sepakat yang lebih puas hati. Bila ada perbezaan ini hubungan lebih kuat dan kalian akan saling memerlukan.

Jangan hanya memandang negatif saja cuba untuk lihat dari sudut yang baik. Perbezaan ini bukan sesuatu yang menakutkan.



Perkahwinan adalah suatu tanggungjawab yang besar, yang diamanahkan oleh Allah SWT. Bukan hanya mencari yang sama atau mencari yang berbeza tetapi lihat dulu 4 perkara pada dirinya iaitu agamanya, harta, rupa paras dan juga keturunanya.

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekayaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.

(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi).

Sebenarnya, makin lama hubungan yang terbina, kalian akan jumpa lebih banyak persamaan berbanding berbezaan. Malah, anda juga boleh terikut-ikut menjadi seperti si dia dan begitu juga sebaliknya. 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen