Jaga-Jaga Kalau Suami Selalu Sorok Telefon, Ada Yang Disembunyikan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi sesetengah orang, telefon bimbit adalah satu perkara yang sangat peribadi. Di mana dia merasakan semua hal mengenai dirinya ada di dalam telefon bimbit sehingga segelintir merasakan bahawa ia tidak patut dikongsi bersama dengan orang lain.

Tapi kalau bersama pasangan, tak patut juga ke?

Ketika bercinta, tidak berkongsi hal di dalam telefon bimbit mungkin nak jaga ruang peribadi masing-masing. Tak nak pasang salah faham atau cemburu dengan perbualan yang ada.

Tapi selepas kahwin? Masih perlu lagi ke nak jaga ruang peribadi antara kalian? Selepas berkahwin semua perkara telah dikongsi bersama, jadi perkara di dalam telefon bimbit rasanya bukan satu isu yang besar.



Dalam perkahwinan ini sepatutnya tiada rahsia antara pasangan suami isteri. Kalau ada rahsia, maka akan bermulalah satu kerenggangan dalam hubungan. Mana tidaknya, rasa risau dan bimbang jika rahsia terbongkar adalah punca mengapa berlaku kerenggangan tersebut.

Meletakkan password

Itu belum lagi jika pasangan mula meletakkan password di telefon bimbit. Tapi jika anda sebagai pasangan masih tahu mengenai password itu, bermakna tiada yang ingin dirahsiakan, namun jika sebaliknya itu yang membimbangkan.



Meletakkan password kerana tidak mahu pasangan membuka telefon bimbit atau mengganggu ruang privasi. Sebagai contoh perbualan dengan rakan yang berlainan jantina, group rakan yang berkata tidak sepatutnya atau group keluarga yang tiada pasangan anda. Perkara-perkara sebegini mungkin nampak tak ada apa-apa tapi bila pasangan terbaca akan melukakan hatinya. Namun meletakkan password bukanlah satu tindakan yang tepat.

Sorokan telefon

Jika pasangan melakukan perkara ini tentunya lebih membimbangkan. Dimana, pasangan anda sembunyikan telefon bimbit bila di hadapan anda. Tak hanya itu saja, bila menjawab panggilan telefon pun dia akan lakukan secara diam-diam, itu belum lagi kalau membalas pesanan. Tentunya perkara ini lebih membimbangkan.

Walaupun ada kepercayaan yang kuat, tapi tindakan pasangan seperti ini tentunya akan mendatangkan kecurigaan. Malah, biasanya pasangan yang bertindak seperti ini sememangnya ada perkara yang dia sembunyikan di belakang anda.



Mempunyai telefon kedua

Bila dihadapan anda, dia hanya menggunakan satu telefon saja tapi di belakang anda dia ada satu lagi telefon yang digunakan untuk menghubungi orang lain. Kadang pasangan tidak sedar kerana mereka yang melakukan ini memang pandai menyimpan rahsia.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tahan juga. Cepat atau lambat rahsia seperti ini tentunya akan terbongkar juga.

Pasangan yang telah berubah hati biasanya akan melakukan perkara sebegini. Dia sayang ingin melepaskan anda tetapi pada masa yang sama dia juga ingin mencari yang lain. Jika pasangan anda mempunyai tanda seperti maka anda perlu hati-hati dengan hubungan kalian.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen