Wanita Berani Berdikari Lebih Mempesona Di Mata Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai kelebihan dalam diri mereka. Ada kelebihan yang memancarkan personalitinya ada juga yang tidak tetapi menarik. Untuk mendekati seseorang, biasanya perwatakan dan personaliti itu yang membuatkan ada yang berminat atau berkenan dengan dirinya.

Tentunya sebagai wanita ramai yang tertanya apa personaliti yang disukai dan disenangi lelaki?

Walaupun setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam menarik perhatian lelaki, tetapi tentu seorang wanita ingin tahu lebih detail lagi.



Antaranya adalah...

Pemurah

Tiada orang selesa dengan wanita yang agak kedekut. Mana tidaknya sikap seperti ini akan membuatkan seseorang itu lebih tamak. Lelaki lebih selesa dengan wanita yang pemurah dan mudah berkongsi dengan orang lain. Nak-nak lagi sikap tolong menolong orang lain. Rasa empati dengan berbuat baik kepada orang lain menjadikan lelaki tertarik kepada anda.



Berfikiran bebas

Bukan seorang yang mudah beri pemikiran negatif atau tidak matang, tetapi lelaki lebih selesa dan suka akan wanita yang berfikiran matang dan juga terbuka. Pemikirannya yang sebegini akan memudahkan urusan nak berkongsi atau saling bertukar pendapat. Tentunya nak hidup selesa dengan seseorang perkara sebegini itu penting, barulah tak sentiasa ada perselisihan pendapat.

Pandai berdikari

Ramai wanita sekarang ini yang sememangnya berdikari, ada kerjaya sendiri dan tahu menguruskan diri dengan baik. Bagi lelaki wanita seperti ini selesa untuk dibuat pasangan mahupun rakan. Ini kerana, wanita seperti lebih terbuka dalam kehidupan dan juga hubungan. Tidak hanya itu saja, wanita seperti ini tidak hanya harapan lelaki tetapi tahu membuat keputusan untuk dirinya sendiri.



Ada aura positif

Seseorang yang ada aura positif ini akan membuat orang lain turut merasainya. Rasa selesa dan tidak tertekan dengan orang yang memiliki aura seperti ini. Jadinya, lelaki lebih selesa dengan wanita yang ada sura positif. Sebab itu dalam mencari pasangan, lelaki akan tertumpu juga mengenai perkara ini. Kalau terlalu banyak negatif, hidup akan sedikit tertekan dan boleh jadi banyak tercetusnya peetengkaran.

Menjadi diri sendiri

Tidak berpura-pura tetapi menjadi diri mereka sendiri, itu juga merupakan perkara yang membuatkan seseorang lelaki selesa di sisi wanita. Menjadi diri sendiri ini sebenarnya lebih penting jika ingin membuat seseorang tertarik pada anda. Tak perlu pura-pura dan jadi saja siapa anda sebenarnya.

Setiap orang ada minat dan cita rasanya yang tersendiri, tapi yang ini lebih membuatkan seseorang selesa dan tertarik pada anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen