Dalam Rumahtangga Tak Sentiasa Bahagia, Kadang Dilanda Badai Juga. Ini Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumahtangga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila mendirikan rumahtangga ini, tentunya setiap pasangan menganggankan hubungan yang terbina hingga ke akhir hayat dan ke hari tua. Kalau boleh hanya maut saja yang memisahkan hubungan kasih sayang itu.

Namun, bukan mudah nak menempuhi alam rumahtangga hingga ke hari tua ini. Banyak ujian yang berliku-liku perlu dihadapi bersama dengan pasangan. Baik suami atau isteri, kedua-duanya perlu saling berkerjasama dan juga saling mempercayai, kalau tergelincir sedikit memang bergoyang rumahtangga yang dibina itu.



Ujian rumahtangga setiap orang itu berlainan, ada yang dari pihak ketiga dan ada juga yang datang dari pasangan. Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini beberapa ujian dalam rumahtangga.

Jenis-jenis ujian dalam rumahtangga.



1. Ujian Mertua

Tak semua orang memiliki mertua yang baik. Ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya. Hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya. Untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya. Jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu.

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak dengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar. Isteri dipersalahkan suami, suami taknak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%. Untuk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yang menentukan brapa lama hubungan itu akan bertahan.

2. Ujian Ipar

Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik. Ada pasangan, yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka. Apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang. Ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya. Ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki.



3. Ujian Kewangan

Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga. Dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, tapi kini berdua. Apa yang suami makan, isteri makan, apa yang suami pakai, isteri pakai. Segala-galanya kena berkongsi, waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua-duanya ada pendapatan. Maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat-sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus.



4. Ujian Anak

Expectation yang ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat, anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera. Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar. Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka. Ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya drpada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut. Pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban.

5. Ujian Kecurangan

Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dengannya? Adakah kita betul-betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya. Dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat dengan rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang-orang ini sangatlah tinggi. Gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan.

Akhir kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian-ujian yang dinyatakan, ada yang tak. Bagi yang berjaya, mungkin sekarang mereka dah bahagia. Bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah. Hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga bila diuji Allah s.w.t.

Semoga rumahtangga yang kita bina dan bakal dibina bahagia sentiasa dan jauhkan dari ujian yang di luar kemampuan kita. 




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen