'Ego' Punca Utama Rumahtangga Musnah, Kalau Nak Bahagia Kenalah...

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang ada egonya yang tersendiri, kalau tidak tangani dan terlalu ikuntukan ego sendiri akhirnya akan memakan diri semula. Sama seperti drama yang baru saja labuhkan tirai isnin lepas, 7 Hari Mencintaiku 2 sangat berkait dengan masyarakat kita.

Kisah ini sarat dengan pengajaran yang berguna, malah boleh jadi panduan buat pasangan suami isteri. Jangan kerana ego ia menjadi punca keretakkan rumahtangga yang dibina.

Berdasar drama tersebut, Pendakwah Bebas, Da’i Wan Dazrin turut menganggap bahawa ego menjadi ujian terbesar dalam rumahtangga dan merekodkan antara punca penceraian.



Tambahnya, kesabaran dalam mengendalikan emosi isteri itu mampu membuang ego pasangan sendiri. Bahkan, suami itu sendiri perlu ada sifat mendidik jika mahukan rumahtangga kekal hingga ke jannah.

Ini perkongsian dari beliau.



"Pada akhirnya saya lihat keegoan sering kali menjadi punca mengapa pasangan yang telah berkahwin tidak mampu mengekalkan hubungan sesama. Ujian ego ni besar. Terkadang saya turut merasa takut dengannya. Sebab memang disebabkan 'Ego', telah merekodkan berapa ramai pasangan bercerai.

"Disebalik keegoan inilah timbulnya faktor tidak serasi dan tidak sefahaman. Walau macam mana pun berbeza perangai & sikap pasangan kita, namun disebabkan kita ego, mahu dia yang berubah dan bukan kita, menjadikan sesebuah hubungan itu sangat berat sebelah dan bahkan paling pedih & sedih, bila satu pihak sahaja yang terasa, dan terus makan hati dalam diam.



"Manusia mana yang mampu bertahan menahan perasaan terluka selamanya. Tiada seorg pun yang mampu melakukan itu. Maka, sebelum ia berlaku, setiap pasangan suami & isteri perlu benar-benar faham, dan rasai apa yang saya nak sampaikan tentang 'Keegoan' dalam rumah tangga masing-masing.


"Ia merugikan. Ia tak pernah membawa kebaikan. Jadi jangan tenggelam dengannya. Simpanlah nasihat saya ini sedalam-dalamnya.

"Bahkan, keegoan pada akhirnya akn selalu buat kita kesal dihujung waktu. Berapa ramai kita mementingkan rasa di hati sendiri kerana 'Keegoan', lantas tak mahu memaafkan kesalahan pasangan masing-masing, atas sebab dia sering kali berbuat salah.

"Selagi salah dia itu bukan hal yang besar, bukan hal yang melanggar syarak, maka baik suami atau isteri belajar, dan belajar untuk melepaskan 'Rasa terluka' itu dengan cepat 'Memaafkan'.



"Berapa ramai pasangan yang terduduk menangis tidak terhenti, kesal tidak berkesudahan bila pasangan hidup kita ditarik nyawanya untuk kembali pada Allah swt selama-lamanya. Jangan biarkan benda tu berlaku pada diri masing-masing. Belajar tentang itu.

"Ingat, keegoan seorang suami, dan seorang isteri tak pernah menjadi satu kebaikan, tapi sebaliknya satu kerugian.
Maka belajar dari sinopsis 7HMK2 ini, yang hanya kekesalan & kekecewaan sahaja yang akan bertandang buat suami & isteri bila keegoan berada dalam diri masing-masing.

"Bagi saya, jika Khuzairi bersabar, dia akan mampu kendali emosi Mia, & akan mampu buang keegoan Mia. Itulah perlu suami yang berjiwa mendidik. Tugas mendidik jika tak disertakan kesabaran, maka even seorang suami pun takkan mampu mengendali seluruh keturunannya



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen