Jangan Ambil Hati Kalau Suami Tegur Cara Berpakaian, Itu Tanda Suami Sayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami mana yang tidak sayangkan isterinya kan? Kalau tak sayang tentunya tidak dijaga dengan elok dan juga dilindungi.

Tugas seorang suami bukan sekadar memberi nafkah saja, bahkan bukan saja menyayangi isterinya. Akan tetapi membimbing isteri menjadi lebih baik juga merupakan tugas suami. Menjadikan isteri sebagai bidadari syurganya kelak itu pun merupakan tugas yang agak berat seorang suami.



Dalam membimbing isteri ini kadang kala bagai mencurah air ke daun keladi. Menegur isteri merupakan satu perkara yang amat mencabarkan bagi seorang suami. Ya, memang ia kelihatan mudah kerana kalau tersalah langkah ia boleh membawa pecah belah dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri boleh menerima teguran daripada suami dengan baik. Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seseorang itu baik adalah kita perlu menegur dan ingatkan mereka akan kebaikkan. Tetapi kalau nak menegur seseorang, ada cara dan seninya.



Oleh sebab itu Baginda SAW telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi SAW:

“Aku berwasiat kepada kami supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu buarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sesetengah lelaki atau suami memilih untuk berdiam diri. Kadang kala tindakan ini boleh membawa suami tergolong dalam golongan dayus. Jadi, hati-hatilah kerana takutlah akan pesan Baginda SAW:

"Ada tiga orang yang Allah haramkan masuk surga: pecandu minuman keras, anak durhaka, dan laki-laki yang membiarkan tindak kekejian terjadi di tengah keluarganya". (HR Ahmad).

Walaupun ada yang beranggapan bahawa menuruti segala kemahuan isteri itu adalah tanda sayang, tapi perlu ingat bukan semua kehendak isteri perlu suami turuti. Maka dengan itu, maka yang baik sebagai suami perlu sokong tapi kalau sebaliknya perlu diberi teguran dan juga peringatan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen