Kasih Suami, 3 Tahun Isteri Tak Boleh Kencing, Suami Sanggup Dermakan Buah Pinggang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sudah sayang, lautan api pun sanggup direnangi. Inilah pengorbanan seorang suami yang hebat dimana sanggup mendermakan buah pinggangnya buat isteri tercinta selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.

Bukan kisah dongeng, tapi kisah yang nyata seperti yang dikongsi oleh Mohammad Hilmi di laman Facebook mengenai isterinya, Noratiqah Abd Latif, 32, yang mengalami kerosakan buah pinggang kronik tahap lima sebelum menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di hospital awam pada 28 Julai lalu.



Menurut laporan Harian Metro, Mohammad Hilmi berkata, perkahwinan mereka yang telah dibina sejak enam tahun lalu menjalani pelbagai jenis dugaan apabila isterinya disahkan menghidap penyakit kronik itu pada tahun 2017.



“Setelah selamat aku nikah dan membaca taklik aku telah menjadi suami yang sah kepada isteri aku dan bertanggungjawab untuk menjaga isteri aku walau apa jua rintangan dan dugaan. 2 tahun perkahwinan aku diuji isteri mengalami kegagalan fungsi buah pinggang keduanya.

“Jalan terbaik untuk menjalani kehidupan normal tanpa membuat dialisis 3 kali seminggu dengan membuat pemindahan buah pinggang.”



Mohammad Hilmi yang bekerja sendiri berkata, dia bersyukur penantian tiga tahun akhirnya tertunai apabila rawatan pemindahan buah pinggang itu berjalan lancar.

"Sepatutnya rawatan itu dijalankan pada Mac lalu namun ditangguhkan pada satu tarikh yang belum pasti disebabkan Covid-19.

"Namun, Alhamdulillah pada 28 Julai lalu pembedahan berjalan lancar dan akhirnya isteri boleh buang air kecil semula selepas tiga tahun kedua-dua buah pinggangnya gagal berfungsi," katanya.

Pada mulanya, Noratiqah berkata dia rasa serba salah untuk menerima buah pinggang suaminya.

"Saya terharu dengan keputusan suami menderma sebelah buah pinggangnya kepada saya.

"Saya juga serba salah kerana dia yang sihat terpaksa berkorban untuk isterinya yang sakit ini. Tapi akhirnya saya terima kerana dia nekad dan ikhlas demi melihat saya sihat semula seperti dulu," katanya.



Noratiqah turut berasa syukur atas pembedahan yang berjalan dengan lancar dan berazam dalam mengamalkan gaya hidup sihat selepas ini.

"Selepas ini saya dan suami akan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan garam, gula dan minyak.

"Alhamdulillah, tiada lagi tiub-tiub yang melekat di tubuh saya dan kini saya tidak perlu lagi menjalani rawatan dialisis yang dahulunya hampir setiap hari.

"Sekarang, kami hanya perlu memantau kesihatan masing-masing dan buat pemeriksaan kesihatan tiga kali seminggu," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen