Bukan Pisang Dan Epal, Ini 3 Jenis Buah Lain Sesuai Diet Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penjagaan tubuh badan yang sihat tidak hanya difokuskan kepada wanita saja, orang lelaki juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Selain bersenam dan juga mengawal pemakanan, memakan makanan yang sihat juga perkara yang penting.

Makanan seperti buah juga merupakan makanan yang sihat. Nak-nak lagi jika ia dibuat sebagai snek, jadi tidak perlu makan makanan yang tidak berkahsiat.

Biasanya orang lelaki akan lebih memilih epal atau pisang sebagai makanan sihat mereka. Rata-rata menyifatkan dua buah tersebut mempunyai khasiat yang tinggi untuk membekalkan tenaga bagi menjalani kehidupan seharian.



Benar, tidak dinafikan kandungan kalium dalamnya membantu membentuk dan memulihkan otot kita pada kadar segera.

Bahkan, pengambilan buah pisang setiap hari juga membantu membekalkan tenaga khususnya buat jejaka yang aktif melakukan senaman angkat berat. Pun begitu, tahukah korang selain pisang dan epal terdapat tiga jenis buah lain yang berkhasiat untuk dinikmati dalam senarai menu harian sesuai buat lelaki.

Prun

Pakar penyelidik menyarankan supaya buah prun atau plum kering dimakan antara empat hingga lima biji setiap hari.
Langkah itu bertujuan melancarkan sistem pencernaan dan menguatkan tulang.



Buah berkenaan juga boleh dijadikan snek ringan di pejabat atau dihiris halus lalu ditabur bersama kismis dan kekacang di dalam mangkuk berisi oat.

Mangga

Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam buah itu membantu menyihatkan kulit manakala jumlah fiber dan potassium pula membantu sistem penghadaman berjalan lancar. Selain dimakan begitu sahaja, buah mangga juga boleh dijadikan jus ataupun minuman smoothie.



Caranya mudah saja.

• Potong buah mangga bentuk kiub
• Simpan di dalam peti selama beberapa jam atau semalaman.
• Kemudian, kisar kiub mangga berkenaan bersama susu segar rendah lemak dan yogurt asli bagi mendapatkan rasa yang enak.
• Sedia untuk diminum.

Buah naga

Buah naga atau nama saintifiknya Hylocereus undatus bertindak sebagai pelindung bagi masalah diabetes dan proses penuaan kerana mengandungi vitamin C dan diperkaya asid lemak serta fosforus.



Kandungan antioksidan dalam buah tropika itu membantu menentang radikal bebas untuk menghalang sel kanser. Pada masa sama, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah.

Tidak salah rasanya golongan jejaka mendapatkan kondisi kulit wajah yang sihat dan cantik hanya dengan menikmati potongan buah naga.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen